Mon 27 Aug 2007
Pada 18 Ogos yang lalu, saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Universiti Darul Iman sebagai penceramah untuk program kecemerlangan pelajar. Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti tersebut yang lebih dikenali dengan nama Kusza (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Saya dibesarkan di Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jiring Kuala Terengganu. Sekolah saya itu dekat benar dengan Universiti Darul Iman ini. Malah, salah satu pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran satu ketika dulu ialah Univerisiti Darul Iman ini.
Saya agak berbesar hati kerana dijemput bagi menjayakan program untuk mahasiswa dan mahasiswi ini. Terima kasih kepada Pn Rosni, kaunselor Universiti Darul Iman yang telah menjemput saya dan memastikan program ini berjaya dijalankan dengan begitu lancar sekali.
Dalam program sehari ini, saya telah kongsikan beberapa pengalaman saya sendiri sebagai pelajar dan beberapa petua yang boleh pelajar amalkan untuk berjaya. Saya rasa sangat lega apabila melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam program ini. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahuan dan semangat yang diperlukan untuk berjaya dengan cemerlang suatu hari nanti.
Satu mesej saya kepada pelajar semua. Pencapaian anda sekarang bukanlah petunjuk kepada kebolehan anda yang sebenar. Pelajar yang cemerlang juga pasti pernah merasa pahitnya erti kegagalan. Kepahitan itu jugalah yang membuat mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah hidup mereka dan berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang.
Kepada para peserta program di UDM ini, semoga anda berjaya mencapai semua cita-cita yang telah anda tuliskan semasa program tersebut. Jika ada kesempatan, kita akan berjumpa lagi di dalam program yang akan datang. Selamat berjaya!
August 29th, 2007 at 10:11 pm
assalamualaikum..
saya adalah salah seorang peserta di dalam program ini.saya amat berterima kasih kepada En.Osman Affan kerana sudi berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang sangat menarik di sepanjang program ini berlangsung.
salam mesra!
(”,)
August 30th, 2007 at 11:32 am
Waalaikumsalam.
Noor, terima kasih kerana melawat laman web ini. Terima kasih juga kerana menjadi peserta yang sangat sporting sepanjang program dijalankan.