Tue 27 Feb 2007
Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ‘mulut laser’? Hmm… saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.
Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser ini akan dengan selambanya berkata, “tu la, suruh belajar tak nak, kan dah jadi bodoh macam ni….”. Hehe… ini cuma contoh sahaja. banyak lagi contoh lain sebenarnya tetapi tidak sedap pula kalau saya kongsikan di sini.
Namun, secara umumnya, pelajar bermulut laser memang ada di mana-mana. Mereka ini tidak semestinya pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin. Mereka ini tidak semestinya pelajar perempuan kerana ramai juga pelajar lelaki yang bermulut laser. Selalunya juga kalau pelajar lelaki bermulut laser, lebih dahsyat daripada pelajar perempuan yang bermulut laser kan…?
Tips ke 4 ini akan membincangkan tentang cara pertuturan anda dengan kawan-kawan anda. Ingat, apa yang anda tuturkan atau cakapkan menggambarkan apa yang ada dalam hati anda. Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana caranya untuk bercakap dengan baik dan sopan dengan kawan-kawan anda.