Saya telah terangkan bahawa terdapat banyak soft skills atau kemahiran yang anda boleh kuasai untuk meningkatkan daya saing anda setelah tamat belajar nanti. Namun persoalannya, di mana anda harus bermula?

Jika anda meminta pendapat saya, saya akan katakan anda harus bermula dengan di mana anda mahu berakhir. Seperti satu teknik daripada Stephen Covey, “Begins with the end…”. Maksudnya, anda perlu tahu apa yang anda mahu capai beberapa tahun akan datang. Anda perlu tahu dengan jelas pekerjaan apa yang anda mahu lakukan atau kerja jenis apa yang anda suka. Jika ini semua tidak jelas, anda pasti tidak tahu soft skill apa yanga nda perlukan. Jadi, bermula minggu ini, saya akan sentuh topik bagaimana mengetahui apa yang anda inginkan dalam beberapa tahun akan datang…… :)