Tue 16 Jan 2007
Tips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit bagi anda. Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?
Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu yang dinamakan ‘fillers’. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk melengkapkan perkataan anda. Contohnya, anda sebut ‘aaa..’, ‘err’, ‘mmmm’, ‘ehh’ dan bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda selalu sebut perkataan ‘ok’ atau ‘kan’ tanpa anda sedari.
Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula mengira berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan kepada apa yang anda katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ‘ok’, pendengar anda akan kata dalam hati “29…..”
Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan ini semasa anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya.