Sun 5 Nov 2006
Jika tidak ada sesuatu yang boleh menghalang anda di dalam dunia ini, apakah yang ingin anda capai?
Jika anda ada banyak masa yang lapang, wang yang tidak kehabisan dan semua kemahiran diri yang hebat, apa yang ingin anda lakukan dalam hidup anda?
Cita-cita dan impian bermula dengan keinginan dalam diri yang tidak dibataskan oleh kekurangan atau kelemahan diri. Maksud saya, jika anda mahu mencapai sesuatu, anda mungkin kurang rasa bersemangat kerana anda rasa anda ada banyak kelemahan seperti tidak pandai, tidak bijak, tidak ada ramai kawan, keluarga miskin dan tidak berpelajaran, tidak sihat dan sebagainya. Ini semua adalah satu halangan yang cuma wujud di minda anda. Jika anda mahu mencapai sesuatu yang hebat, anda perlu ketepikan semua halangan ini dan yakin bahawa anda boleh mencapai apa sahaja dengan izin Allah. Setelah anda ketepikan semua halangan ini, fikirkan dengan tenang, apa yang benar-benar anda ingin capai dalam hidup anda.
Satu perkara yang biasa saya dengar, anda mungkin kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda mahu capai. Anda tidak tahu nak jadi apa. Anda tak tau apa yang patut anda lakukan di masa akan datang. Tidak mengapa, itu adalah normal. Anda mungkin tidak dapat menjawab soalan ini dengan serta merta. Caranya ialah, anda mesti mula berfikir tentang soalan ini iaitu: Apa yang benar-benar ingin anda capai dalam hidup anda?
Apabila anda mula berfikir, minda anda akan membantu anda mencari jawapannya. Minda anda akan jadi lebih cergas dalam mencari jawapan yang anda perlukan. Anda akan mula sedar akan peluang-peluang yang ada disekeliling anda.
Jangan risau jika anda lambat mendapat jawapannya. Teruskan berfikir. Walaupun jawapan itu mengambil masa yang lama untuk sampai kepada anda, ia pasti akan sampai juga………..
November 17th, 2006 at 9:17 am
saudara mungkin merupakan orang pertama di malaysia yang mempunyai web seperti ini (khidmat kemahiran belajar). tahniah! cuma mungkin ramai lagi yang tidak tahu sebab itu ruangan blog saudara kurang ‘comment’. tapi saya sangat gembira apabila mendapat tahu adanya laman web seperti anda ini. mungkin saudara boleh lakukan sesuatu supaya web ini dikenali lebih ramai orang lagi.
November 18th, 2006 at 10:29 am
En Ali, terimak kasih kerana menggunakan laman web ini untuk sumber rujukan kemahiran belajar.
Satu kelebihan menggunakan blog ialah, saya sebenarnya tidak memerlukan comment utk menunjukkan bahawa blog ini digunakan atau tidak. Ia tidak berfungsi seperti forum. Ramai yang menggunakan blog saya ini dan tidak meninggalkan komen kerana….. tidak perlu tinggalkan komen untuk baca maklumat di blog ini
Saya kongsikan maklumat ini semua untuk memudahkan rujukan.
Terima kasih sekali lagi En Ali.