Tue 19 Dec 2006
Sudahkah anda menyenaraikan kekuatan anda? Berapa banyak kekuatan yang anda ada?
Jika anda tidak tahu kekuatan bagaimana yang anda mahu cari dalam diri anda, mulakan dengan mencari sesuatu yang anda suka lakukan. Bukan sahaja anda suka lakukan, malah anda boleh lakukan lebih baik daripada orang lain. Jika anda pandai melukis, minat melukis dan boleh melukis lebih baik daripada orang lain, itu adalah kekuatan anda.
Jika anda pandai memasak, menjahit, bersukan, bergaul dengan orang lain dan anda boleh lakukan ini semua lebih baik daripada orang lain, itu juga merupakan kekuatan anda.
Apa yang perlu anda lakukan dengan kekuatan ini?
Pertama, latih kekuatan ini supaya ia menjadi lebih kuat. Jika anda melukis contohnya, latih supaya anda dapat hasilkan lukisan yang cantik setiap kali anda melukis, bukan hanya cantik sekali sekala sahaja…..
Setelah anda latih…… ini bahagian yang penting…. mula fikirkan…… (bila saya kata mula fikirkan, ia bermakna, anda mungkin tidak akan dapat jawapannya segera, tetapi, teruskan berfikir)…. bagaimana anda boleh guna kekuatan ini untuk membantu anda di alam pekerjaan nanti………
December 19th, 2006 at 3:43 pm
En Osman,
Saya ada seorang anak yang lemah dari segi mentalnya. Dokter mengesahkan otak sebelah kanannya kecut sewaktu dalam kandungan lagi. Kini dia dah umur 9 tahun, masih membaca merangkak dan selalu dapat nombor last dalam kelas. Namun saya dapati ia mempunyai kekuatan dalam bidang melukis. Saya tidak mengalakkan sangat akan kekuatan yang dia ada disebabkan saya rasa bidang melukis yang tidak begitu cerah dan meluas untuk masa depannya.
Mohon En Osman beri pendapat.
TQ
December 22nd, 2006 at 7:41 am
En Remy, nasihat saya, pupuk minat dan bakat anak tu dalam bidang lukisan….. by the way, siapa kata lukisan tidak mempunyai masa depan yang cerah….? Dr Irfan pun asalnya berbakat dalam bidang lukisan… dari situ, bakat dan kebolehan itu berkembang sebab keyakinan diri sudah bertambah.
Bagi saya juga, saya nampak banyak peluang utk orang2 yang ada bakat seperti bakat melukis… jangan sia-siakan…. kuatkan lagi bakat tu dengan kursus atau apa2 latihan…disamping tu, jangan lupakan kecemerlangan akademik….. lupakan komen orang lain tentang kelemahan kita….sebab…. komen begitu tak semestinya tepat……