powerpointTip yang ke-10 ialah mengenai penggunaan ’slide transition’. Slide transition ialah bagaimana cara anda mahu anda slide anda bertukar dari satu slide ke slide yang lain. Contohnya, dari slide satu ke slide 2, anda mungkin mahu slide 1 pudar sedikit demi sedikit dan terus hilang, kemudian slide kedua terus muncul. Anda boleh pilih jenis slide transition yang anda mahu dengan klik slide show –> Slide transition. Anda akan lihat jenis-jenis slide transition di sebelah kanan power point anda seperti imej di bawah.

power pointAnda perlu mencuba jenis transition mana yang anda perlukan. Lihat pada ‘modify transition’, ada dua perkara yang anda perlu pelajari di sini. Pertama, ’speed’. Ini adalah berapa laju anda mahu sldie anda bertukar. Jika anda pilih slide transition ‘box in’, dan anda klik speed fast, slide anda akan bertukar dengan sangat laju. Jadi, anda boleh pilih kelajuan yang sesuai untuk presentation anda.

Kedua, ’sound’. Jika anda mahu slide anda bertukar sambil mengeluarkan bunyi tertentu, anda boleh klik di sini. Anda boleh pilih bunyi bagaimana yang anda mahu.

Di bahagian advance pula, anda boleh pilih sama ada mahu slide itu bertukar secara automatik selepas beberapa ketika atau anda mahu klik sendiri untuk menukarkannya. Contohnya, katakan anda klik pada ‘automatically after’ dan letakkan 1 minit. Selepas slide itu terbuka selama 1 minit, ia akan bertukar sendiri ke slide seterusnya tanpa anda menekan apa-apa butang.

Tips daripada saya:

  • Jika anda menggunakan bunyi, jangan gunakan terlalu kerap. Ia akan mengganggu presentation anda dan ia boleh membuat presentation anda kelihatan tidak professional.
  • Gunakan jenis slide transition yang boleh membantu memudahkan penonton anda memahami presentation anda. Jangan pilih kerana anda suka dan seronok melihat animasi perubahan slide itu.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak jenis slide transition. Slide transition yang elok ialah yang seragam sepanjang presentation anda. Perbezaan jenis transition hanya dilakukan jika ia perlu dan dapat membantu presentation anda.
  • Anda boleh pilih satu jenis slide transition dan ‘apply to all slides’. Ini akan membuat presentation anda seragam dan menarik.

Selamat mencuba. :)