Sat 21 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 11.2
Posted by Osman Affan under Teknik Belajar , Motivasi , Soft Skills , PowerPoint
Kita sambung tip semalam. Saya telah terangkan apa yang dimaksudkan dengan start. Hari ini saya terangkan dua lagi fungsi di dalam custom animation iaitu direction dan Speed.
Direction bermaksud dari arah mana anda mahu effect itu masuk. JIka anda klik pada direction, ada beberapa arah yang diberikan (direction ini cuma ada untuk beberapa jenis effect sahaja, bukan kesemuanya).
Jadi, anda boleh pilih arah mana yang anda mahu. Contohnya, jika anda mahu membuat anak panah (yang menghala ke atas) anda fly in semasa presentation, is sesuai jika anda menggunakan direction ‘from bottom’. Jadi, nanti anak panah anda akan meluncur masuk daripada bawah slide dengan arah yang betul (bukan anak panah yang bergerak terbalik). JIka anda mahu cuba, lukiskan satu anak panah menggunakan drawing tools, dan gunakan effect fly in. Lihat bagaimana anak panah anda bergerak masuk ke dalam slide.
Seterusnya ialah speed. Ia bermaksud jika anda gunakan fly in, berapa laju anda mahu objek anda itu bergerak? Adakah anda mahu ia bergerak dengan perlahan, sederhana atau sangat laju. Ini bergantung kepada effect yang anda perlukan.
Jika semua isi penting dan gambar anda bergerak dengan terlalu perlahan, kadangkala ia boleh jadi membosankan dan membuat penonton anda jadi tidak sabar. Seperti yang saya kata, ia terpulang kepada anda.
Baiklah, saya sudah terangkan bagaimana 3 fungsi Start, Direction dan Speed ini berfungsi. Sekarang mari kita cuba buat. Tadi anda ada satu kotak tulisan ‘custom animation’ bukan? Sekarang, aktifkan kotak tulisan itu –> klik edit –> copy –> paste. Anda akan lihat satu salinan perkataan ‘custom animation’. Ulang langkah tadi sekali lagi. Jadi sekarang anda ada 3 kotak tulisan ‘custom animation’ itu.
Klik pada tulisan pertama –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada Start, klik ‘on click’, direction ‘From top’ dan speed ’slow’.
Klik pada tulisan kedua –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from left’ dan speed ‘medium’.
Klik pada tulisan ketiga –> add effect –> Entrance –> Fly in. Pada start klik ‘after previous’, direction ‘from right’ dan speed very fast.
Setelah selesai semuanya, klik slide show –> view show. Anda akan lihat tidak ada apa-apa pada slide anda. Kemudian, klik mouse anda sekali. Anda akan lihat ketiga-tiga tulisan itu akan keluar mengikut turutan. Selamat mencuba.