Fri 27 Apr 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 13
Posted by Osman Affan under Teknik Belajar , Motivasi , Soft Skills , PowerPointTip 13 adalah tip berkenaan ‘Copy & Paste’. Secara umum, copy bermaksud salin dan paste bermaksud tampal. (hehe, teringat masa mengajar kelas Bahasa Inggeris, kena terangkan maksud perkataan kepada student.
)Tahukah anda, jika anda copy satu imej atau tulisan pada satu slide dan paste pada slide yang lain, imej itu akan muncul pada kedudukan yang sama?
Katakan anda ada dua slide kosong. Pada slide pertama, dengan menggunakan drawing tools, lukiskan pada slide pertama seperti yang saya lukiskan di dalam imej di sebelah. Anda boleh juga lukiskan 3 imej lain jika anda mahu. Setelah anda lukiskan pada slide pertama, aktifkan ketiga-tiga imej itu. (cara mengaktifkan ketiga-tiga sekali, tekan button Shift pada papan kekunci (jangan lepaskan) dan klik pada 3 imej itu satu persatu) Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu aktif. (Setelah ketiga-tiga imej itu aktif, anda boleh lepas button Shift tadi)
Kemudian, klik Edit –> Copy atau tekan Ctrl-C. Klik pada slide kedua, klik Edit –> Paste atau tekan Ctrl-v. Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu semua muncul dalam slide kedua di kedudukan yang sama.
Apakah gunanya mengetahui bahawa jika kita copy dan paste, ia akan muncul dikedudukan yang sama?
- Kadangkala anda mahu membuat tajuk pada beberapa slide anda. Anda tidak perlu menaip satu persatu pada setiap slide. Anda cuma perlu taip pada satu slide, copy dan kemudian paste pada slide-slide yang seterusnya. Ia memudahkan kerja anda.
- Hasil kerja anda boleh kelihatan seragam. Katakan anda ada 6 slide dengan tajuk ‘Teknik menghafal’ pada bahagian atas slide anda. Jika anda taip satu persatu, kedudukannya mungkin tidak seragam dan tidak sama. Ia tidak kelihatan cantik jika itu berlaku. Jika anda gunakan teknik copy dan paste ini, kedudukan tajuk-tajuk itu akan sama dan apabila slide anda bertukar, tajuk itu seolah-olah langsung tidak bergerak.
- Anda boleh lakukan animasi anda sendiri. Contohnya, pada slide kedua tadi, delete kotak pertama dan kedua. Aktifkan kotak ‘Action’ –> Klik Add effect –> Motion Path –> Up. Klik Start ‘After previous’, path ‘unlocked’ dan speed ‘fast’.
Sekarang, klik pada slide pertama tadi –> Klik ‘view show’ atau F5. Anda akan lihat ketiga-tiga imej Mind, Body & Action itu. Tekan enter (untuk pergi ke slide seterusnya). Anda akan lihat dua kotak itu hilang secara automatik, dan kotak Action itu akan bergerak ke atas.
Ini adalah contoh animasi menggunakan tulisan yang saya gunakan dalam presentation saya. Apabila kotak action itu naik ke atas, saya akan keluarkan isi-isi berkenaan action dibawah kotak action itu.
Anda perlu mencuba sendiri tip ini dan buat beberapa jenis animasi mengikut kehendak anda. Apabilaanda faham konsep ini, anda boleh gunakannya untuk membuat presentation anda lebih mudah difahami.
Selamat mencuba.