Mon 28 May 2007
21 Tips Microsoft Power Point - tip 18
Posted by Osman Affan under Teknik Belajar , Motivasi , Soft Skills , PowerPointTip ke 18 ialah, jika anda membuat power point presentation, anda mesti rancang perjalanan presentation anda dari awal hingga akhir. Maksudnya, anda perlu susun slide-slide anda mengikut turutan apa yang anda persembahkan. Pelik, ada ke sesiapa yang tidak susun presentation mereka?
Sudah tentu ada. Ramai pulak tu. Maksud saya di sini ialah, saya lihat ramai presenter yang apabila membuat power point presentation, terpaksa melompat dari satu slide ke slide lain tanpa mengikut turutan. Katakan presenter sedang menunjukkan slide ke 10, tiba-tiba dia exit slide show dan melompat ke slide yang ke 25. Lebih teruk lagi, presenter ini akan melompat ke file power point yang lain pula.
Jika anda melompat dari satu slide ke slide yang lain dengan tidak teratur, anda akan kelihatan seperti membuat kerja di saat akhir. Penonton anda juga akan jadi tidak tentu arah, kerana sukar untuk memahami presentation yang tidak teratur ini.
Jadi, rancang presentation dari awal hingga akhir. Pastikan apabila anda membuat slide show, anda tidak perlu keluar daripadanya lagi. Anda boleh terus klik slide show anda dari awal hingga akhir. Selamat mencuba.
December 15th, 2007 at 2:29 pm
Pak usman saat slide berjalan pada power point perintah apa yang digunakan agar lebih cepat untuk menuju halaman slide tertentu? misal sekarang tampil slide satu kemudian kita mau langsung tampilkan slide lima (terima kasih)
December 16th, 2007 at 10:13 am
Suyota. Ada satu cara.
Ketika di slide satu, tekan nombor 5 dan tekan enter. Slide itu akan terus ke slide 5.
Suyota, sudah download ebook 21 tips Microsoft PowerPoint? Boleh download di blog saya www.motivasibelajar.com. Malah saya sudah tidak menulis di blog ini. Semuanya sudah dipindahkan ke blog motivasibelajar itu.