POWERSLIDES PRESENTATION SKILLS

lhamdulillah. Entah kenapa, program saya bersama pelajar-pelajar di SM Sains Seri Puteri Sabtu lalu banyak mendapat komen positif berkenaan Slides Presentation yang saya gunakan.

Biasanya pelajar komen tentang isi kandungan atau gaya penyampaian. Namun kali ini hampir separuh rasanya maklumbalas yang saya terima adalah berkenaan slide presentation.

Mungkin pelajar-pelajar ini cenderung ke arah visual atau memang meminati gaya persembahan visual yang menarik. Alhamdulillah.

POWERSLIDES PRESENTATION SKILLS

Ada beberapa permintaan berkenaan Program PowerSlides Presentation yang saya kendalikan. Kali terakhir saya jalankan program tersebut mungkin lebih setahun yang lalu.

Tidak berkesempatan menjalankannya berikutan kesibukan memenuhi jemputan program SmartStudy.

Berita Baik!

Insyaallah, saya akan anjurkan satu bengkel praktikal PowerSlides Presentation Skills pada bulan Oktober ini. Cadangnya mungkin pada hari cuti Deepavali. Saya belum buat keputusan dan masih mencari lokasi yang sesuai.

Saya akan ajarkan beberapa asas yang perlu diketahui dan dikuasai untuk mencipta dan menyusun slide presentation yang benar-benar memukau perhatian audiens sepanjang program dijalankan.

Nantikan pengumumannya ya!

Comments are closed.