Program Pembangunan Modal Insan bersama VCM Petronas, Paka

0

 VCM

Pada 21-22 januari lalu, saya meluangkan masa selama dua hari bersama kakitangan Vinyl Chloride (M) Paka, anak syarikat Petronas bagi menjayakan program yang  bertajuk Kepimpinan Bijaksana. Program ini dihadiri oleh lebih kurang 30 orang peserta. Ini adalah sesi ketiga program  yang saya jalankan bersama kakitangan VCM ini. Sesi pertama dan kedua telah dijalankan pada tahun 2008.

Seperti sesi pertama dan kedua, program ini menekankan tentang perkembangan minda dan pengurusan diri termasuk pengurusan kewangan. Para peserta berkongsi maklumat tentang cabaran yang dihadapi di tempat kerja dan akhirnya berbincang bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.

VCM

Terima kasih saya ucapkan kepada En Razat, pegawai latihan VCM yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan perjalanan program ini. Di bawah adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada program ini.

“Sangat seronok. Kemahirannya berkomunikasi, ilmu yang cukup dan mengajar secara bersahaja membuatkan kelas tak jemu dan penuh dengan idea, gelak ketawa dan ilmu yang baru.” ~Juzaili Johari~

“Kursus yang amat bermakna kepada diri saya dan boleh diamalkan di pejabat dan juga di rumah. Kursus ini juga dapat mencapai matlamat saya untuk masa akan datang.” ~Hazly Naimudin~

“Kursus ini amat berguna kepada saya kerana ia dapat membuka minda saya bahawa sesuatu yang hendak dicapai walaupun sukar tetapi tidak mustahil dengan mencari jalan yang pelbagai dan tidak mudah putus asa.” ~Syed Faizal~

“Baiki kelemahan diri, menaikkan semangat dan membawa ke arah perancangan diri lebih bijak.” ~Pok Nik~

“Inilah program yang perlu dihadiri oleh setiap orang bagi meningkatkan ketahanan diri.” ~Muhammad Hasbey Kassim~

“Sebelum ini semasa berdoa, dia saya hanyalah matlamat dan lafazkan sahaja. Tetapi setelah menghadiri kursus ini saya akan cuba panjangkan dia saya sehingga yakin.” ~Saridah Asri~

“Program ini menjadikan saya bersemangat tentang kepimpinan diri yang bijaksana dan bermatlamat positif.” ~M. Kamaruddin Che Ibrahim~

“Program yang boleh dipraktis bukan sahaja di pejabat juga di rumah, serta juga boleh dikongsi bersama orang disekeliling.” ~Suhaida~

“Kursus yang benar-benar memberi guideline kepada saya dalam mengatur kehidupan, pengurusan kewangan dan cara berkomunikasi. Membantu saya dalam usaha mencapai matlamat. Kursus ini perlu dihadiri oleh semua orang.” ~Zulfahmi Othman~

“Sangat berguna untuk kehidupan seharian di samping untuk bidang pekerjaan. Ianya dapat membuka minda saya tentang pengurusan kewangan saya.” ~Azmi Mohd~

“Kursus ini amat bermakna buat diri saya kerana selama ini saya selalu berfikiran negatif untuk mencapai sesuatu matlamat. Insyaallah selepas ini saya akan berfikiran positif.” ~Faridah Zainon~

VCM

“Program yang mempunyai banyak ilmu dan tip-tip yang berkesan dalam kehidupan. Sebagai contoh dalam topik pengurusan kewangan, banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai pedoman.” ~Roslan Othman~

“Program ini membuatkan saya lebih percaya apa  yang saya impikan dalam hidup saya dan akan berusaha menjadi pemikir yang positif.” ~M.Fadhil Yahya~

“Program yang tidak membosankan dan tidak terlalu terikat tetapi dalam masa yang sama boleh diadaptasikan dalam kerja-kerja seharian sama ada di pejabat mahupun di rumah. Begitu banyak tips-tips yang begitu berguna untuk dikongsi bersama suami dan anak-anak.” ~Noormalah Abdullah~

Comments