Pusat Tuisyen Showme SmartStudy di Terengganu Darul Iman

0

Redzuan AzizAlhamdulillah, setelah begitu lama berbincang dan merancang, akhirnya salah satu impian dan matlamat saya telah tercapai. Mulai Januari 2009, sebuah Pusat Tuisyen di bawah nama SmartStudy akan dimulakan di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pusat Tuisyen ini adalah hasil kerjasama saya dan sahabat baik saya, En Redzuan Aziz, pemilik Intitut Kemahiran Showme.

Pusat tuisyen ini adalah hasil idea dan kerjasama saya bersama En Redzuan. Kami sudah mula berbincang mengenai idea ini sejak pertengahan tahun 2006 lagi namun begitu banyak cabaran dan halangan yang tiba hingga kami menangguhkan sementara idea ini.

Pusat tuisyen ini dinamakan Pusat Tuisyen ‘Showme SmartStudy’. Jelas sekali, ia adalah gabungan nama Institut Kemahiran Showme dan Pusat Motivasi SmartStudy. Namun saya rasa nama ini begitu menarik kerana ia bermaksud lebih kurang ‘Tunjukkan saya teknik belajar yang berkesan’.

Pusat Tuisyen Showme SmartStudy iniĀ akan bertempat di Institusi Kemahiran Showme, bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu. Di sinilah saya jalankan program Teknik Memori SmartStudy pada 20 Disember lalu.

Showme SmartStudy

Apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah pusat tuisyen ini akan menggabungkan kepakaran saya dan kepakaran En Redzuan. En Redzuan sangat pakar dalam bidangĀ  ‘Coaching’ dan kepakaran saya pula ialah dalam bidang teknik belajar. Jadi, hasil gabungan kepakaran ini, kami akan menjadikan pusat tuisyen ini sebagai tempat di mana pelajar boleh kembangkan kebolehan belajar dan potenti yang terpendam di dalam diri mereka.

Kami merancang untuk diwujudkan sesi kemahiran belajar setiap minggu dan juga kami bakal menawarkan sesi coaching untuk pelajar dan ibu bapa. Ini akan membolehkan ibu bapa dan pelajar mengikuti perkembangan prestasi akademik mereka dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Tuisyen ini, hubungi 09-6227525 atau 012-9855548

Comments

  • Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Osman, semoga pembukaan cawangan baru ini dapat memberikan peluang kepada anak murid di sebelah pantai timur mendapat sentuhan pembelajaran yang efektif daripada saudara.

    Triple A
    http://www.binausahawan.com

  • Terima kasih Tuan Ahmad. Wah…nama triple A pulak ni, mesti nak lawan syarikat Double A. :)

  • salam…tuan osman..saya ada email tuan pasai seminar kecemerlangan akademik..harap bagi respon ye…

    tq..

  • Elanie Junita

    Salam,

    Saya ingin tahu, subjek apakah yang diajarkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai PTSS? Adakah tutor diperlukan di PTSS? Saya mempunyai pengalaman dalam memberi tuisyen, sama ada hometuition atau pusat tuition selama 4 tahun di Kuala Lumpur. Memandangkan saya akan menyambung pelajaran di UMT mulai hujung tahun ini, saya ingin mencari peluang untuk mengajar tuisyen di Kuala Terengganu.

    Saya harap pihak PTSS boleh memberikan maklumat lebih lanjut mengenai tuisyen di Kuala Terengganu.

    Salam Hormat dari,
    Elanie Junita

  • Salam Elanie.

    Terima kasih atas minat yang diberikan. Elanie boleh cuba hubungi Institut Kemahiran Showme, 09-6227525 dan bercakap dengan Pn Zuriada untuk maklumat lanjut.

  • Elanie Junita

    Salam again,

    Terima kasih banyak2…dan insya allah saya akan hubungi Pn. Zuraida secepat yang mungkin