• Home
    • SmartStudyTV.com
  • Blog
    • SmartStudyTV.com
    • MotivasiBelajar.com
  • Program/Product
    • Corporate – Mind Power
    • SmartStudy Memory Skills
      • Pecutan Akhir SmartStudy
    • Skor Sejarah
    • SayaSmartStudy.com
    • MathMedic.com.my
      • Master My Maths
    • Bijak Bicara
  • About
    • About Osman Affan
    • SmartStudy Team
    • About the company
    • Testimoni
    • Media
  • Rangkaian Social
    • Facebook SmartStudy
    • Youtube
    • Facebook Skor Sejarah
    • Facebook MasterMyMaths
  • Hubungi Kami
  • Member’s Area

Saya sudah faham tetapi mengapa saya masih tidak ingat?

  • Posted in:Teknik Belajar, Video Motivasi
  • Posted by:admin
0

Assalamualaikum w.b.t. Adik-adik pelajar dan pengunjung blog Motivasi Belajar yang dihormati sekalian…

Sejak tahun 2004 hingga sekarang ini, saya kerap kali mendapat soalan seperti di atas. Pelajar sekolah menengah terutamanya mengadu beberapa masalah seperti

  1. Saya sudah faham topik Sejarah yang cikgu ajarkan tetapi di dalam peperiksaan saya masih tidak dapat menjawabnya.
  2. Saya faham apa yang cikgu ajarkan di dalam  kelas tetapi dalam dewan peperiksaan, saya lupa semuanya.
  3. Saya faham masa belajar dan mengulangkaji tetapi satu pun fakta yang saya faham itu keluar dari minda saya semasa berada dalam dewan peperiksaan.
  4. Saya baca buku di luar dewan peperiksaan. Saya faham nota dan buku itu. Namun apabila masuk dalam dewan peperiksaan, langsung saya tidak ingat.

Masalah ini semua menimbulkan persoalan besar seperti yang tertera pada tajuk posting kali ini. Apa yang perlu kita fikirkan ialah, mengapa kita lupa walaupun kita sudah faham. Ibu kita suruh ke kedai untuk membeli beberapa barang. Kita faham arahan ibu kita itu. Namun adakah kita akan ingat semua senarai yang perlu kita beli (jika kita tidak menulisnya)?

Saya percaya, ini sebenarnya bukan satu masalah. Ia cuma satu salah faham. Salah faham bagaimana?

Saya percaya kebanyakan pelajar tersalah faham perbezaan di antara perkataan ‘FAHAM’ dan ‘INGAT’. Satu perkara yang pelajar perlu ketahui, FAHAM dan INGAT adalah dua perkara berbeza. Maksudnya, apa yang kita faham belum tentu kita akan ingat. Apa yang kita faham semasa cikgu mengajar di dalam kelas tidak semestinya kita ingat di dalam dewan peperiksaan. FAHAM dan INGAT memerlukan strategi yang berbeza.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Cara paling baik untuk mengatasi masalah faham tetapi tidak ingat ialah dengan menguasai teknik-teknik memori. Adik-adik pelajar perlu pelajari bagaimana caranya untuk mudah ingat apa yang telah kita fahami. Maksudnya juga, selepas kita faham sesuatu, kita perlu lakukan sesuatu untuk mengingatinya.

Jadi adik-adik semua, jika kita hadapi masalah seperti tajuk di atas, ia bukan bermakna kita ini mempunyai masalah dalam proses pembelajaran. Ia menunjukkan bahawa kita ini normal sahaja. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempelajari dan menguasai beberapa teknik asas memori agar apa yang kita pelajari dan fahami akan turut kita ingati.

Selamat belajar teknik memori dan teknik belajar berkesan. Adik-adik semua boleh menonton posting ini dalam bentuk video dengan melayari laman web www.SmartStudyTV.com atau klik pada video di bawah. Selamat menonton. :-)

SmartStudy TV S01E14 | Antara Faham & Ingat

Related Posts

  • Mengapa kita perlu tulis matlamat?Mengapa kita perlu tulis matlamat?
  • Hormati dan Sanjungi Guru KitaHormati dan Sanjungi Guru Kita
  • Jadi Pelajar Cemerlang dengan bertanya SOALAN yang BETUL.Jadi Pelajar Cemerlang dengan bertanya SOALAN yang BETUL.
  • 7 Petua Skor A 2008 – Petua 57 Petua Skor A 2008 – Petua 5
  • 7 Petua Skor A 2008 – Petua 67 Petua Skor A 2008 – Petua 6

Comments

Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?

Categories

  • Blog
  • SayaSmartStudy.com
    • Memori (Teknik Belajar)
  • SmartStudyTV.com
    • Cuti Sekolah
    • Ibu Bapa
    • Keyakinan Diri
    • Strategi Belajar
  • Motivasi Belajar
    • Bahasa Inggeris
    • Cerita
    • Fikir
    • Hafal
    • Internet
    • Jawapan
    • Khas
    • Mengurus Stress
    • Motivasi
    • Mutiara Kata
    • Pengumuman
    • Persediaan Minda
    • Petua
    • PowerPoint
    • Program Motivasi
    • Psikologi Peperiksaan
    • Soft Skills
    • Teknik Belajar
    • Video Motivasi

Recent Posts

  • Kenapa saya sangat takut dan benci subjek membaca?
  • Teknik Asas Menghafal
  • Kenapa Susah Sangat Nak Ingat Ni?
  • Buka Minda Untuk Menerima Ilmu
  • Meniru untuk berjaya

Contact Us

Our Location

6-1, First Floor, Jalan AU 1A/4C,
Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur 54200

Contact Info

T : 03 - 4260 1103
F : 03 - 4260 1102
info@osmanaffan.com

Copyright © 2013 OsmanAffan.com. All Rights Reserved.