Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, Perak

Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, Perak

UITM Perakย 

Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramah di sini membuat saya rasa seperti saya sedang pulang ke kampung halaman saya sendiri. ๐Ÿ™‚ Terima kasih saya ucapkan.

UITM Perak

Walaupun sedang berada di dalam bulan Ramadhan, ia tidak menghalang pelajar untuk hadir ke program ini. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan keyakinan diri pelajar bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan, malah untuk bercakap dikhalayak ramai dan menyuarakan pendapat kepada orang lain.
Puasa seperti tidak terasa bagi saya apabila mendapat kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik daripada para pelajar ini. Pada awalnya, saya dapat lihat dan rasakan yang ramai antara pelajar yang hadir ini mempunyai masalah keyakinan diri. Ini berdasarkan cara mereka menjawab soalan saya dan cara mereka memberi maklumbalas kepada aktiviti dan persoalan yang saya berikan. Itu adalah perkara biasa. Mana-mana universiti yang saya pergi, saya boleh perkara ini.

UITM Perak

Namun apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah selepas rehat tengahari iaitu pada sesi petang, semua pelajar ini seolah-olah telah berubah menjadi sekumpulan pelajar yang lain! Mereka kelihatan lebih bertenaga berbanding waktu pagi dan mereka mula memberikan jawapan dan maklumbalas yang cepat di dalam program ini. Saya turut merasa bertenaga diatas perubahan ini. Apa yang berlaku semasa rehat tadi? Mereka balik ke bilik dan makan tengahari kah? hehe… saya pasti tidak. ๐Ÿ™‚

UITM Perak

Apa yang berlaku ialah para pelajar ini sudah mula merasa selesa dan keyakinan diri mereka sudah mula meningkat. Ini terbukti apabila saya jalankan aktiviti di mana pelajar perlu hadir ke depan untuk bercakap selama beberapa minit, ada pelajar yang menawarkan diri untuk tampil tanpa disuruh atau dipaksa.
Seronok melihat pelajar yang berusaha mencabar diri mereka. Seronok saya lihat pelajar bertungkus-lumus melawan rasa takut yang sedang mencengkam diri mereka. Pesan saya kepada mereka, siapa yang berani mencabar rasa takut mereka, akan wujud rasa berani untuk berjaya dalam bidang apa sahaja suatu hari nanti.
Hasilnya, saya dapat banyak penyertaan pelajar dalam aktiviti bercakap di hadapan khalayak ramai secara spontan ini. Saya bawa bersama beberapa hadiah untuk saya berikan. Pemenangnya ialah dua pelajar perempuan (gambar di bawah)ย yang kelihatan agak gementar dan resah pada mulanya tetapi dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan memenuhi kehendak dan objektif yang telah saya berikan. Tahniah saya ucapakan.

UITM Perak

Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat terutamanya Cik Asniza dan En Zul yang banyak melayan kerenah saya semasa berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi. ๐Ÿ™‚

Leave a Comment