Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Kepada semua pelajar tahun 6, hari ini merupakan hari yang sangat penting buat mereka. Hari peperiksaan UPSR bermula. Ini bermakna, segala persiapan yang telah dibuat selama ini akan teruji hari ini. Segala penat dan lelah semasa belajar akan dapat dilihat hasilnya tidak lama lagi.

Saya percaya, jika anda berusaha, kejayaan pasti akan menjadi milik anda. Dalam masa peperiksaan ini, lupakan seketika hasil yang anda inginkan. Tumpukan perhatian anda kepada soalan yang anda perlu jawab. Ini akan mengurangkan rasa tertekan yang anda rasa selama ini. Sama seperti mendaki gunung, anda perlu lihat puncak gunung yang ingin anda tawan. Namun, dalam masa yang sama, jangan lupa lihat kepada apa yang anda lalui di depan anda. Jika anda asyik lihat puncak gunung, anda mungkin akan langgar semua batu kecil di hadapan anda yang mungkin menyebabkan anda gagal sampai ke puncak.

Sekali lagi, saya dan team SmartStudy mengucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. Selamat Berjaya! 🙂

Comments are closed.