Sidang Akhbar Dr Irfan sebagai duta MIBO

Sidang Akhbar Dr Irfan sebagai duta MIBO

Persembahan surpriseSelasa lalu saya berpeluang menghadiri satu sidang akhbar di hotel JW Marriot. Sidang akhbar ini adalah majlis untuk merasmikan sahabat saya Dr Irfan sebagai duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). MIBO merupakan satu program bagi mewujudkan usahawan yang meletakkan sasaran 1000 usahawan baru dalam tahun 2008.
Abang Nizal MohdMajlis ini dipengerusikan oleh Abang Nizal Mohd. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa usahawan internet Malaysia.
Apa yang dapat saya perhatikan di majlis ini ialah terdapat banyak usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan baru di Malaysia. Usahawan bukan sahaja dikatakan bebas dari segi menguruskan masa malah mereka mempunyai potensi untuk mempunyai pendapatan yang tinggi. Sebagaimana ucapan pembukaan Dr Irfan ‘9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan’, lebih banyak lagi usahawan perlu dihasilkan.
Bagi saya, menjadi usahawan melibatkan proses pembelajaran. Kita perlu belajar untuk jadi usahawan. Kita perlu belajar menguruskan masa, menguruskan wang, menguruskan tekanan perasaan dan sebagainya. Sebab itulah saya percaya ramai usahawan dan bakal usahawan yang singgah dan membaca isi kandungan blog ini. 🙂
Razzi RahmanSaya sendiri sebagai usahawan sentiasa cuba memajukan diri saya melalui proses pembelajaran. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari di dalam dunia usahawan yang tidak dapat saya pelajari semasa di universiti dulu. Jadi, ucapan dan harapan saya untuk usahawan dan bakal usahawan, tingkatkan kebolehan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan kemungkinan untuk menjadi usahawan berjaya akan pasti turut sama meningkat. Selamat berjaya! 🙂

Comments are closed.