SmartStudy bersama UITM Seri Iskandar Perak

0

UITM Perak 

Pada 24-25 Februari lalu, ketika kebanyakan orang sedang bersiap sedia untuk pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina, saya berada Perak bersama hampir 40 pelajar daripada UITM Seri Iskandar Perak. Saya berada di sini bagi menjayakan program Academic Excellence.

Seperti program yang saya jalankan bersama pelajar UTHM beberapa minggu lalu ( http://www.motivasibelajar.com/cerita/smartstudy-bersama-universiti-tun-hussein-onn-johor.html) program ini menekankan tentang konsep pembelajaran berkesan. Kebanyakan pelajar universiti yang saya temui dalam program saya mengalami masalah keyakinan diri. Masalah ini berlaku akibat mereka asyik melabelkan diri mereka berdasarkan keputusan mereka yang lalu. Jika keputusan tidak baik, mereka sangka mereka juga mempunyai bakat yang tidak baik dan langsung tidak ada kelebihan. Apa yang selalu mengejutkan, pelajar-pelajar ini sebenarnya mempunyai bakat-bakat terpendam yang sangat hebat. Bakat itu semua terpendam begitu jauh sehingga mereka sendiri tidak menyedarinya.

Jadi tugas saya dalam program ini ialah berkongsi beberapa teknik belajar berkesan agar pelajar tahu bahawa kegagalan lepas bukanlah disebabkan oleh bakat atau kebolehan. Ia cuma disebabkan salah tindakan dan juga salah strategi. Apabila strategi sudah betul, mencapai kejayaan di dalam bidang akademik atau dalam kehidupan akan kelihatan lebih mudah untuk dicapai.

UITM Perak

Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Mereka gagahkan diri untuk hadir meskipun sebilangan besar sahabat mereka sudah pulang ke kampung untuk bercuti. Saya doakan kejayaan dan keberkatan untuk anda semua.

“Amat berkesan. Program ini banyak memberi kesan kepada mereka yang kurang keyakinan diri. Full package dengan speaker yang hebat seperti En Osman! Memang kita tidak jemu mengikutinya.” ~Fairuza Mohd Nadzeri~

“Amazing! It was a great programme that I attended.” ~Khairil Marwan Mustafa~

“Program ini amat bagus serta dapat mengajar memperbaiki diri. Penampilan membuat saya selesa serta gaya dan raut wajahnya senang untuk memahami apa  yang cuba disampaikan. Apa yang beliau sampaikan amat berkesan pada diri saya.” ~Muhamad Ridhwan Yusof~

“Program ini sangat bagus dan tidak membosankan. Saya suka cara penyampaian En Osman dan input yang saya dapat sangat memberangsangkan.” ~Meeze Ang~

“Program ini memang lain daripada yang lain. Sangat berkesan terhadap diri saya. Saya amat berminat terhadap slot nombor ceria dan berharap dapat mendalami ilmu itu.” ~Ameir Ahmad~

“Program ini banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk mengingati sesuatu fakta.Ianya juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang itu selepas mengikuti program ini.” ~Nor Syaiful Mohamad~

“Program ini sangat bagus kerana setiap pelajar mengetahui keistimewaan diri sendiri serta cara untuk menonjolkan keistimewaan tersebut supaya membawa manfaat yang sangat berguna dan berjaya.” ~Mohd Fazely Abdullah~

“Program ini amat berkesan dengan cara penyampaian yang begitu menarik. Pendedahan-pendedahan yang bukan dari idea atau teori lama yang sukar dipraktikkan dan juga sesuatu yang baru bagi saya.” ~Hamizul Hafiz Hamzah~

“Saya telah mendapat input yang paling berharga. Selain itu saya rasa bahawa diri saya juga ada kelebihan cuma tidak tahu untuk menggunakannya (selama ini)” ~Khairul Ihsan Sudin~

“I want to say only one word, WOW!” ~Mohd Haffies~

“Program ini sangat seronok bagi saya. Dengan program ini saya dapat mengetahui di mana kelemahan & kelebihan saya. Banyak fakta-fakta saya dapat di program ini dan En Osman juga seorang yang kelakar dan pandai ambil hati orang lain.” ~Muhd Syazwanuddin Sahimi~

UITM Perak

“Program ceramah yang disampaikan oleh En Osman ini benar-benar memberi kesan dan semangat untuk diri saya supaya lebih berdaya saing dan memberi keyakinan kepada diri saya untuk mengatasi setiap halangan tertentu untuk saya terus berjaya.” ~Siti NurFatihah Mohd Yusof~

“Pendekatan yang diterapkan dalam menguasai teknik belajar yang berkesan seperti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan dan ransangan ketika berkomunikasi dengan baik. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih.” ~Fakhrulrazi Ibrahim~

“Saya amat berpuas hati di atas setiap tunjuk ajar yang telah diberikan oleh En Osman. Terima kasih banyak-banyak.” ~Mohd Remiezan Effendie Ibrahim~

“Program ini sangat berlainan daripada program-program motivasi yang pernah saya hadir sebelum ini. Banyak perkara-perkara menarik yang telah saya belajar untuk peningkatan akademik saya. Terima kasih.” ~Khairom Munawar Baharom~

“Program yang paling bagus yang pernah saya sertai. Kesan yang mendalam dan pelbagai lawak jenaka dan tidak memboringkan.” ~Mohd Fazriman Othman~

“Program ini amat bagus. Ceramah yang disampaikan oleh En Osman semuanya berguna. Cara En Osman menyampaikan ceramah lain dari lain yang pernah saya ikuti. Terima kasih En Osman.” ~Mohamad Atif Che Ibrahim~

Comments

  • Salam kenal dari Indonesia. Wah enak ya belajar dengan penuh motivasi. jadi kepingin. kelihatannya menyenangkan sekali