Syukur & Seronok Alhamdulillah. Asalnya …

Syukur & Seronok Alhamdulillah. Asalnya saya memang tidak sangka akan dapat beli nama domain name SketchStudy.com

Saya jangka, tentu sudah lama orang beli nama ini.

Namun rezeki saya, tergerak hati untuk cuba dapatkan juga nama ini. Alhamdulillah dapat. Jadi mulai hari ini perlahan-lahan update isi kandungan laman ini untuk projek tahun 2019.

Rasa macam sudah lama tidak buat kerja update isi kandungan website. Kelam kabut juga rasanya tapi agak mudah juga kerana ada bantuan teknikal daripada Team SmartStudy Tuan Azlan Idris.

Kadang-kadang saya lihat, dari segi teknikal mahu set up satu website memang sukar & ‘complicated’.

Tetapi ramai yang mungkin tidak perasan, mahu menulis dan menyusun isi kandungan sesuatu website itu boleh jadi berkali ganda susahnya dan berkali ganda membuat kepala berasap… hihi..

P/S Gelak-gelak sambil lihat asap berkepul-kepul atas kepala….. ?

 

Comments are closed.