Syukur & Seronok

12.35a.m. Syukur & Seronok menikmati keindahan & kemajuan teknologi informasi.

2-3 hari kebelakangan ini saya agak sibuk membuat pembetulan dan research pada program terbaru saya, SketchStudy Memory Skills.

Tapi hari ini agak malas sikit, lebih banyak berehat & santai sahaja. Cuma bermula jam 11 malam tadi, mula dapat inspirasi dan motivasi baru untuk buka laptop semula dan buat kerja. Buat sikit lagi research hasil apa yang terlintas dalam kepala.

Terus terjumpa perkongsian seorang penulis bernama Graham Shaw. Beliau menulis buku yang bertajuk The Art Of Business Communication. Ia ditujukan kepada orang-orang bisnes yang mahu buat presentation menggunakan lukisan, marker dan flipchart atau whiteboard.

Namun, apa yang saya nampak, ini adalah maklumat atau ilmu yang relevan dengan SketchStudy yang sedang saya majukan. Bila saya cari, bukunya memang ada dijual tetapi di Malaysia mungkin tidak ada.

Saya mahu baca buku ini, dan saya mahu baca sekarang juga kalau boleh!

Terus terfikir tentang ebook dan benar, ia ada dijual di Amazon dan boleh baca melalui Kindle. Harga USD9.90.

Terus beli dan terus baca. Disebabkan saya tahu apa yang saya cari dan saya tahu sedikit sebanyak tentang speed reading, saya habiskan isi kandungan ebook ini dalam lebih kurang setengah jam.

Benar, ia berkenaan presentation menggunakan lukisan untuk orang bisnes. Namun saya dapat beberapa maklumat berharga yang boleh saya aplikasikan ke dalam SketchStudy Memory Skills.

Alhamdulillah. Ini adalah nikmat kemajuan teknologi informasi yang mungkin ramai tidak perasan.

Kalau 12 tahun dulu, saya dapat idea ini di tengah-tengah malam buta begini, berapa lamakah agaknya saya perlu tunggu untuk cari buku tersebut, dapatkannya, baca dan faham dan akhir sekali berapa lama saya perlu ambil masa untuk saya aplikasikannya?

Sekarang, semuanya dihujung jari. Jadi amat rugilah jika kemajuan dan kebaikan ini disia-siakan saya rasa.

Saya doakan agar sahabat semua dapat turut merasa dan menikmati kemajuan teknologi informasi ini dalam situasi yang benar-benar membawa manfaat kepada kita semua Insyaallah. Amin…

Comments are closed.