Teknik Belajar Matematik

0

Semasa saya mula-mula memasuki kelas elit tahun 6, saya agak gementar. Ini adalah projek terbaru sekolah saya. Semua pelajar paling elit dikumpulkan dalam kelas ini. “Elit? Elit ke aku ni?” fikir saya setiap masa. “Dah la matematik pun tak reti, elit konon..” kata hati saya kadangkala.

Hendak dijadikan cerita, saya duduk disebelah pelajar bernama Budiyamin. (Dah 18 tahun saya tak jumpa Budiyamin ni). Budiyamin ni pendiam sikit orangnya tetapi pandai. Satu perkara saya perasan tentang Budiyamin ni. Saya selalu nampak dia tersenyum sorang-sorang, kadangkala bercakap sorang-sorang. Risau jugak saya tengok dia. tetapi bila saya lihat betul-betul, dia tersenyum atau bercakap sorang2 ketika membuat latihan matematik rupanya. Bila cikgu tidak ada dalam kelas, dia akan buka buku matematik. Dia nampak seronok buka buku matematik macam kanak-kanak lain membuka buku komik pula. Saya hairan.

Saya tanya dia, “apa yang seronok sangat ni Budi…?”. Budiyamin menjawab “Seronok la bila dapat gak akhirnya jawapan soalan ni. Berapa hari aku cuba tak dapat-dapat”. Bila dah hari-hari saya lihat dia begitu, saya rasa saya mula memahami kenapa perangainya begitu.

Yang peliknya, sikap dia tu seolah-olah berjangkit kat saya pulak. Saya mula ikut-ikut dia buat latihan. Saya pilih yang senang je mula-mula. Tapi lama kelamaan saya dah mula boleh kejar kepantasan Budiyamin buat latihan matematik. Lama-kelamaan juga kami seolah bertanding siapa lagi cepat boleh menyelesaikan masalah matematik daripada buku teks. Semakin lama semakin seronok.

Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah mula menguasai matapelajaran matematik yang selama ini saya rasa sangat susah. Saya terfikir, ” kenapa tahun lepas rasa susah sangat eh?”. Saya dan Budi berjaya menghabiskan semua soalan matematik yang ada dalam buku teks matematik. Saya tidak ada buku tambahan matematik (tidak mampu beli ketika itu) jadi Budi yang sering membawa soalan daripada buku tambahan terutamanya daripada kelas tuisyennya. Dapat la saya tumpang belajar.

Dipendekkan cerita, saya mula mendapat A dalam matapelajaran matematik. Matematik sudah menjadi matapelajaran yang pasti dapat A setiap kali peperiksaan. Malah, semasa peperiksaan sebenar UPSR, setelah guru matematik memeriksa kertas peperiksaan saya, beliau senyum dan mengatakan jawapan saya betul semua.

Kesimpulannya, apa yang dapat dipelajari daripada cerita tentang teknik belajar matematik? Saya akan huraikan kesimpulannya esok. :)

 

Comments

  • faiz

    blh x tuan agar kan sy cara teknik menjawad matematik tahun ini sy akn menduduki spm tolong jasa baik tuan

  • Ammirul

    Boleh tak tuan tolong saya…saya hendak pandai dalam matematik…tahun ni saya PMR….saya risau takut2 tak dapat “A”..sebabnya setiap peperiksaan yang lepas saya selalu dapat gred D dan E..Tolong bantu saya,sebab saya nak masuk asrama penuh..

  • rezianna

    ble x tuan tolong sy…sy nk tuan ajar sy bgaimana teknik2 belajar matematik dgn mudah,ringkas dan padat..coz nti klu ada kesempatan sy nk ambil exam spm scara psendirian……jasa baik tuan xakan sy lupa smpai bila2pun………

  • saya mempunyai masalah besar antranya ialah
    saya selalu mendapat markah rendah…masalah yg lain ialah sewaktu cikgu memberi latihan/homework dlam bku teks sya blh menjawab@menjawab semasa cikgu memberi latihan
    di dlm modul tropika saya dapat menjawab dngn bagus ttpi semasa ppriksaan saya x blh jwb plak..dlm latihan saya selalu dpat 40/40 tp dlam ppriksaan saya dpt 15/40 dan smkin mrsot…blh terankan tip….

  • PN ANNA

    saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 thun,setiap hari ada saje latihan matematik yg harus disiapkan, saya pening kerana anak saya malas hendak menyiapkan kerja sekolah,padahal anak saya adalah anak yg boleh dikatakan tergolong dlm anak yg pandai,dlm apapun subjek,setiap kali exam markah 90 keatas,tapi tulah dia malas nak buat latihan terutama latihan matematik di rumah.Boleh tak tuan berikan pandangan atau cadangan bagaimana saya nak mengatasi masalah anak saya ini, terima kasih

  • fiza

    askum….sy 20thun.spm 06 sy cm 7D jea math spm..skag kje.tp jwa sy stay nk stdy ag..tp disbabkan xkdit math ssh 2k smbug stdy..klu leh nxt year nk amek len spm math n sains..bleh xbg tip r pape yg leh bntu sy 2k stdy sndiri math..

  • zharif

    asallamualikum boleh tak tuan tunjuk tips matematik pada perperiksaan yang lepas saya mendapat 58 terima kasih jasamu akan dikenang selama-lamanya

  • amir

    tuan boleh x ajr skill easy math..?
    please tuan saye dh t’lupe..?

  • vicu

    please help me to improve in maths,,,,

  • slmat..malam..tuan saya mengalami maths rendah..bagi saya maths sukar difahami..ada kalkanya,saya berputus asa untuk membuat latihan..dan ada ketika saya ada mood membuat homework math..saya sudah berusaha sedaya upaya..tetapi,keputusan maths saya tetap macam tu ‘D’atau’E’..saya cuba untuk mencari di mana kesilapan..maths saya tetapi saya tidak tahu…dan saya tiada mood mau buat..pembetulan..tolong bagi saya respons..dan tips…

  • Assalamualaikum..tuan,saya minta agar tuan dapat beri saya tips bagaimana belajar matematik dengan mudah dan cepat.saya sering mendapat markah yang rendah.saya akan menghadapi PMR pada tahun hadapan.saya risau sangat2.kadangkala saya tak ada mood nak buat latihan matematik.saya dah cuba untuk memahami soalan yang diberi tapi saya tetap tak faham.kadangkala saya mensngis kerana tak dapat jawab soalan matwmatik.ayah teringin sangat saya memeperolehi A dalam peperiksaan tapi susah sangat.saya mohon jasa baik tuan.

  • amira natasya

    as’kum tuan …bulehkah tuan berikan tips cara belajar yg mudah dlam ap2 mta plajaran dan mta plajaran math..tahun ini sy akn menduduki peperiksaan PMR ..sy nak sgat lulus dalm semua mta plajaran dan math ..sy tidak prnah dapat A dlm mt plajaran math ,paling kurang pun C..tolong lah sy ..tq..

  • Aiman

    Tuan boleh xbagi sy tip mcm mane nk jawab add math dgn mudah
    Sy xberapa faham r mcm mane nk menjawabnye
    Sy baru tgktn 4
    Sy hrp tuan boleh bg sy tip add math
    jasa tuan xkn sy lupakan

  • Arif Taz9

    Boleh berikan saya cara atau bagaimana nak terapkan minat saya terhadap matematik,saya nak exam pmr tahun nie..?

  • iemah

    salam…….
    saya dah cuba utk bljr dgn sngguh2 tapi sye msih lgi lemah dlm subjek matematik.
    sye juga x brape mnt dlm subjek matematik. Boleh berikn sye cara,tips atau bagaimana nk tmbhkn minat sye terhdap matematik…
    sye brhrp sngt2 agar tuan dpt mnolong sye krana sye sering mndpt mrkh yg rendah……..

  • salam…….
    saya dah cuba utk bljr dgn sngguh2 tapi sye msih lgi lemah dlm subjek matematik.
    sye juga x brape mnt dlm subjek matematik. Boleh berikn sye cara,tips atau bagaimana nk tmbhkn minat sye terhdap matematik…
    sye brhrp sngt2 agar tuan dpt mnolong sye krana sye sering mndpt mrkh yg rendah……..

  • farah

    askom tuan..bagaimana saya nk menguasai matematik dan juga formulanya.saya dah cuba untuk menguasai tetapi saya masih lemah.sedangkan saya amat meminati matapelajaran matematik..saya arap tuan dapat membantu.trima kasih..wassalam.

  • askum,,,
    sir,,i have many problem about math,,
    i have a prob when qnswer math question,,
    n everytime i stdy bout math,,
    i cannot focus to it,,
    a always fail when math stdy,,
    n this case is also happen to my other siblings,,
    how to handle it sir?
    please give me the answer please….
    may god bless u

  • naem

    salam…tuan boleh x ajarkn saya cara-cara belajar matematik tambahan dengan mudah..
    saya bru amek subjek ni tahun nie..
    saya x bpe pham ngan subjet nie n rasa sgat hard to got a in spm..

  • Hussain

    result exam matematik pertengahan tahun ni saya tak lulus. cikgu yg mengajar tu pun dah merajuk. Agak2 nya saya ni ada peluang tak nak dapat A+ dalam subject matematik dalam SPM tahun ni?

  • mama aliff

    syukur saya terbaca ruangan ini. dapat sedikit tip nak ajar anak saya. math dia lemah. dia nak ambil upsr. ruangan ini amat membantu saya. terima kasih.

  • saya sngt lemah dalam..matapelajaran maths…tolong bantu sya…tuan,…

  • syafiq skbb

    sya dh pandai skit….cume skit soalan yg sya x faham,sya agak .

  • sye mngalami kesukaran untuk blajar
    matematik….malah cpat lupa
    teknik yg diajr@dibuat…..
    sye ada jugak sering mmbuat latihan…
    tpi ada gak soalan yg sye
    ulang blik….
    msih kurg pham…
    sye akn mnghadapi SPM thun nie…
    sye arap tuan dpat membls…

  • Salam, sebenarnya belajar math/add math ni tak susah. bagi pelajar malas, tak perlu pun buat banyak2 latihan/latih tubi. yang penting kita tau taktik dan teknik mcm mn nak belajar dan memahami kehendak soalan. Nak tau caranya…klik di sini http://kelastuition.com/

  • maa

    sy pom da nk final exam nie…aduyai..kdg2 math nie byk y mgeliru kan laa…tk tau mcm mne nk buat..dlm test jd blur…tk tau nk jwb ap..mcm mne nie…target sy nk A utk math for this sem…