Teknik Belajar Matematik

0

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.  :)

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

 

Comments

  • uuuuuuuuuuuuuuuuu
    bljar mmg ssh

  • sap

    memang kene buat latihan selalu kalau nak pandai dalam matematik

  • saya salut dengan anda .

  • gila-gila girl

    saya suke pelajaran math…tu yang saya gile.

  • roz

    math mmg susah tpi cikgu die baikkkkkkkkkkk

  • roz

    math mmg susah tpi cikgu die baikkkkkkkkkkk

  • susahlah math..
    sy x pndai n x reti..
    cmne nk bg sy minat n suka pd mathematics?

  • slm,
    sy x pandai n mahir dlm math..
    mcmna nk jadi pandai n suka pd matematik.
    spt contoh,
    skrg sy berada di form3.
    sy tdk memahami apa yg diajar oleh cikgu ttg matematik.
    dari form 1, hingga form 3.
    sy masih blum menguasai matematik.
    bgaimana ya?

  • asalammualaikum
    saya teringin untuk mengkuasai tekni2 sifir dengan cekap.
    macam manakah cara2 untuk saya mengkuasai tekni2 sifir dengan cekap?
    (saya berumur 10 tahun)

  • STARKIDDO

    matematik susah! selalu buntu nak selesaikan soalan! kadang2 x faham! macam mana? kalau hari-hari buat latihan pun x guna sebab x reti buat&x paham!!
    saya risau,sebab tahun depan saya akan menduduki SPM!

  • yasmin marzuki

    saya nak menghafal sifir

  • fatanah

    nak blajar memnglah susah tapi kite kene lah usaha lebih.solat penting belajar pon penting.jika solat tanpa belajar,ia takde makna langsung.nak berjaya, wajib solat dan belajar.ingat tu kawan2..doakan saya agar berjaya…hehehe…

  • Nurul Asfarinah As

    cikgu saya kata kita mesti belajar maths dengan membuat latihan hari2…lama2 nnti kita makin pandai laa…

  • Fauzan

    terima kasih

  • ezzaty

    blajar pown nk kene berlakon..
    npew math sti ad???
    wokeyh sy try the best..
    first step…berlakon??? suka math??
    cm ssh..
    x pe rr…
    >IDOP MMG PAYAH<

  • haninah

    saya haninah saya nk minta tlg saya cara cara yang boleh mendapatkan markah dan perkara yang boleh saya faham.

  • nia

    mathematic mmg payah.. saya slalu dpt gred B,C OR D.. saya dah bosan ngan markah saya. saya tgh risau sbb 2taon lg saya akan menduduki PMR.. klau mrkh math saya terus mcm ni. alamatnyer, mmg gagal arr mathematic..! lgpown, klau uat latihan tp, x pham pown x gne gak..

  • faradila miza

    saya suka akan pelajaran mathematic tapi bagi form 1 saya kurang faham sedikitlah.

  • filzah huda

    sye nk pndai math n dpt markah yang tinggi tapi math susah laa..ade yg x fham…