Teknik Belajar Matematik

0

Sepanjang pengalaman saya mengajar pelajar sekolah menengah atau rendah, matematik adalah matapelajaran yang dikira sebagai ‘top three’ paling susah disekolah. Tidak dinafikan, semasa saya di dalam darjah 5, saya juga menghadapi kesukaran untuk memahami subjek matematik. ia kelihatan terlalu sukar dan memeningkan.

Disebabkan saya tidak dapat menguasai matapelajaran itu, saya sering ponteng sekolah. Ini disebabkan, saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah saya. Kalau tidak siap, pasti saya akan dimarahi cikgu matematik saya (cikgu yang paling garang ketika itu). Saya rasa sungguh malu setiap kali kena marah.

Dirumah pula, keluarga saya tidak dapat membantu saya. Ibu dan bapa tidak sekolah tinggi. Kakak saya pula hanya setahun lebih tua daripada saya. Dikampung saya pula, sayalah sebenarnya yang paling menyerlah dalam bidang pelajaran. Jadi, tidak ada sesiapa yang saya dapat minta tolong ketika itu (sekarang saya rasa itu semua hanyalah alasan sebab banyak lagi perkara yang saya boleh buat untuk atasi masalah itu :)   )

Ketika itu, saya adalah ketua kelas dan guru matematik pula adalah guru kelas saya sendiri. Beliau amat marah dan kecewa kerana saya sering gagal menyiapkan kerja sekolah matematik dan mendapat markah rendah pula di dalam peperiksaan. Dia juga sering marah kerana saya sering tidak hadir ke sekolah. Apa beliau lakukan ialah, beliau turunkan pangkat saya daripada ketua kelas kepada menjadi penolong ketua kelas sahaja. Malu betul saya ketika itu. Saya tidak ceritakan pun perkara ini kepada ibu bapa saya.

Pada akhir tahun pula, saya tidak mendapat apa-apa hadiah dalam bidang pelajaran semasa hari penyampaian hadiah, cuma mendapat hadiah saguhati sebagai seorang penolong ketua kelas.

Walaubagaimanapun, saya masih bernasib baik kerana saya termasuk dalam 5 pelajar dalam kelas saya yang terpilih untuk memasuki kelas elit untuk tahun hadapan, iaitu tahun 6. Saya bersyukur. Namun, saya masih merasa takut kepada subjek matematik itu. Saya cuma lulus cukup makan di peperiksaan akhir tahun untuk subjek matematik. Bagaimana boleh saya majukan diri saya dalam subjek ini? Saya akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi?

 

(Ikuti sambungan kisah ini esok dan saya akan ceritakan bagaimana saya berubah daripada lemah kepada menjadi salah seorang pakar matematik di dalam kelas elit tahun 6 di sekolah saya.)

Comments

  • Liza

    Saya adlah seorang ibu yg bekerja dimana mempunyai tiga ornag anak yg bersekolah. Saya mengalami masalah dimana anak2 saya tidak berminat dalam mata pelajaran maths. sya telahpun menghantar mereka ke kelas tuisyen tapi keputusan mereka masih tidak lagi memuaskan. Anak saya yg sulung akan menghadapi UPSR tahun hadapan, saya berharap agar Encik Osman dpt memberikan tips untuk menangani masalah saya ini.
    Saya berharap agar mendapat respon email dari Encik Osman.
    Terima Kasih
    Liza

  • Puan Liza,

    Saya cadangkan berjumpa sendiri dengan guru sekolah atau guru tuisyen anak puan. Menghantar anak yang lemah matematik ke tuisyen kadang-kadang tidak dapat membantu kerana kalau mereka tidak faham apa yang diajarkan di sekolah, mereka mungkin hadapi kesukaran yang sama jika belajar di tuisyen. Kalau personal tuisyen mungkin boleh membantu. Tapi Puan perlu tahu perkara ini:

    Pelajar yang lemah matematik selalunya lemah dalam teknik-teknik asas matematik. Contohnya, mereka masih belum hafal sifir dan mereka masih belum cekap dalam operasi asas macam tambah, tolak, darab dan bahagi.

    Kalau berjumpa cikgu tuisyen atau cikgu sekolah, minta cikgu berikan ujian di peringkat lebih rendah. Contoh, kalau darjah enam, cuba beri latihan darjah 4 danlihat sama ada anak puan boleh buat atau tidak. Kalau tidak boleh buat, ia menunjukkan asas diperingkat masih belum dikuasai. Jadi, tumpuan perlu diberikan untuk menguasai asas-asas diperingkat rendah ini. Kalau tuisyen, minta cikgu ajarkan peringkat yang bawah ini.

    Harap maklumat ini dapat membantu.

  • nk sangat cemerlang math

    saya pelajar tingktan 4 dan bakal menduduki SPM pada tahum hadapan. tetapi saya takut kerana sering gagal dalam math dan sains serta sejarah. bagaimanakah cara untuk saya tangani masalah ini? saya mahu cemerlang dalam spm nanti dan saya ingin tunjukan kepada ibubapa saya yang saya boleh berjaya!!!

  • Ammirul

    Boleh tak tuan bantu saya…Saya menghadapi masalah terutamanya dalam mata pelajaran MATH dan SAINS…Tahun ini sya akan menduduki peperiksaan PMR…saya terlalu risau sebab peperiksaan yang lepas pun sya selalu je dapat “D” dan “E”..Tolong tuan saya teringit mendapat A dan memasuki sekolah berasrama penuh…Jasa tuan amat saya hargai..

  • Salam..CikguAT nak tumpang sekaki, nak bagi idea..boleh kan kita kongsi bersama..ok..macam ni, bagi anak-anak yang lemah di peringkat asas, cikguAT ada cipta satu kaedah pembelajaran math yang menyeronokkan..Ianya baik untuk anak2 yang lemah sifir..sila layari youtube.com/cikguat.

  • Miemiez

    Saya mempunyai masalah dalam matematik.Dari tingkatan 1 smpai sekarang tingkatan 4(sekarang)masih tidak fahammatematik.Saya sering gagal dalam matematik.Saya harap sesiapa boleh membantu saya.

  • din

    saya seorang pelajar jurusan sains tulin…….saya sangat lemah dalam mata pelajaran add math…namun saya boleh menguasai mathematic moden namun tidak kepada add math..apa cara untuk saya menguasainya…tolong berikan idea saya idea…

  • haninah

    salam… cegu osman saya haninah saya seorang pelajar di seklah sktjj5 saya ingin bertanye …. apabila cegu memberi saye latihan kerja buat lepas tu hntr kt cegu lepas saye dpt kertas ujian markah saye makin menurun tlg lah saye …..