Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan

0

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.

Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?

¬†Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).

Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).

Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.

Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.

Selamat mencuba.

 

Comments

  • LINK

    GEMRNTAR SEMASA MENJAWAB SOALAN.RASA TERPINGGIR KERANA SELALU MENDAPAT MARKAH RENDAH.BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA???

  • wani

    apakah tips yang boleh saya guna dalam penyelesaian dalam metematik? ataupun teknik menjawab ?

  • sy nk tny mcm ne klu nk buat karangan bahasa melayu,bahasa inggeris n cam ne nak jawab soalan matematik dngn cepat?

  • nazh

    sy nk tny mcm ne klu nk buat karangan bahasa melayu yang baik?

  • a’kum….saye nk tanye,mcm mne kite nk jwb kesemua mate plajaran dlm peperiksaan??kerana hari itu sye punye sains mendapat markah pling rendah….bagaimane sye nk atasi masalah itu??

  • bleh sye tnye?mcmmna nk tingkatkan prestasi dalam kelas>?

  • muslimah

    asalamualaikum,saya nak tanya mcm mana nak dapat sekurang-kurangnya 1 mrkh dalam soalan yg susah???

  • eiyah

    assalamualaikum…
    saya nak tnye cam ne nak jawab soalan matematik kertas 2 kertas 1..

  • alia

    As’kum,sye akn cbe

  • As’kum,sye akn cbe.

  • saya nak tahu macam mana teknik menjawab soalan sain kertas 2

  • farah

    salam,camne nak tngktkan prestasi dlam sume mata pelajaran….

  • nordiana

    salam,macam mana cara untuk tingkatkan prestasi dalam subjek matematik..

  • syahir

    assalamulaikum.. ana nk tanyer.. macam maner nk jawab soalan matematik dgn cepat??

  • Bagaimanakah cara untuk menjawab dengan betul ke??.

  • asalamualaikum saya selalu dapat markah yang rendah di dalam mata pelajaran mathematics boleh ajar saya

  • insyirah

    cam ne nak jawab soalan matematik,soalan 1 dan 2 dengan pantas…..??

  • elo elo..sayer amir..boleh sayer tanya macam maner hendak menjawab soalan matematik denagn pantas dan betul..assalamualaikum.bye

  • EyQa

    asslamualaikum…
    ada tak caraamenjawab matematik paper 1 dan 2 dengan cepat ??

  • nurin

    hmmm senangnyerr

  • nurul nazifah muhammad nazif

    sy nk tnye cam ne nk jawab kertas 2

  • haziq

    sye mmang x fham bile bljar math..ckgu nyew ajr syok sndiri..apew comment encik usman affan..

  • salam..
    nk tnyer knpe sye dh cbe bbrpe kli tapi masih tak boleh?

  • yatie

    mekom cam mane nak atasih jika kta lemah dalam mtapljran mathematik&sains.

  • ASSALAMUALAIKUM….
    NAK TANYA MACAM MANA KALAU APA YANG CIKGU AJAR KITA TAK FAHAM NAK TANYA TAPI MALU DAN NAK TANYA JUGA MACAM MANA BILA CIKGU AJAR DALAM KELAS KITA RASA NAK BELAJAR BETUL – BETUL TAPI DEKAT RUMAH MALAS MACAM BILA NAK PERIKSA TIDUR AWALLAH PADAHAL BARU PUKUL 8 MALAM.HARAP BOLEH JAWAB;SORRY PANJANG PULAK.BIASALAH BUDAK INGIN BERJAYA TAPI TAKUT NAK BERTANYA.

  • mcm mana sy nak jawab soalan mate dgn pantas dan tepat

  • Nurilya Aisa

    nama sy Nurilya Aisa.UMur saya 10 tahun.saya susah nak menjawab peperiksaan.saya periksa nak mendabat no yang terbaik seperti no 4 ke atas.saya punya hobi suka main komputer je…saya suka baca buku jugak tapi yang paling banyak mainla…saya harap peperiksaan apabila bukak sekolah nanti saya akan ikut ckp pakar motivasi ni…

  • assalamualaikum.Semua orang jangan tekejutye…sy bukan shahir af 8 tu nye…cikgu osman,boleh saya tahu…pentingke kalau menjawab soalan periksaan ngan cepat?maklumla,sy ni periksa slalu siap cepat tapi tulisan ntah ape2.sy umu 12 thn.cikgu osman,saya tulis sangat burik jadi boleh bagi tahu saya macam mane nak cantik kan tulisan tak?sebb saya ade penulisa karangan melayu.kalau saya tidak tulis cantik,aya tentu mendapat C.Tolong saya wahai cikgu osman.sekian assalamualaikum

  • Assalamualaikum.Cikgu osman,selalunye kita akan berasa gementar apabila hendak menduduki peperiksaan.jadi di atas sy baca kita harus tidur awal tetapi jikalau kita gementar kita tak akan dapat tidura awl bukan??jadi apa penyelesaiyan dia???soalan 2:boleh tolong ajarkan sy mata pelajaran sains.sekian assalamualaikum

  • fizz_ficute

    knpe sy dh ulg kaji but dah faham sama skali dan apabila periksa tiba saja..
    sya trus lupa..
    dan x ingat lngsung ape yg d ajar..
    sye rse mt nie makin lme mkin ssh la..
    asl adew ratio..sye x fham lngsung kalo ratio 2..