Terasa sama macam kes yang saya hadapi

Terasa sama macam kes yang saya hadapi semasa saman bekas pekerja yang pecah amanah ===> https://www.osmanaffan.com/keputusan-saman-pecah-amanah/

Jumlah saman pun lebih kurang. Lelaki ini kena RM100k, bekas pekerja saya kena RM114k dan sekarang sudah naik kepada lebih RM140k sebab dia gatal ajak kami lawan di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan pulak.

Saya dengar desas desus bekas pekerja merungut dan mengadu kat orang sekeliling dia yang Hakim tak adil sebab denda dia lebih RM100k sedangkan program yang dia curi ( yang ditunjukkan ke mahkamah) sebenarnya tak sampai pun RM10K. (Yang tak tunjuk di mahkamah dia taknak cerita!)

Haha… itulah.. itulah sebab saya percaya orang yang berselera makan duit haram ni otak memang cepat jadi bodoh. Dia fikir tentang duit dia curi je, tak fikir pasal kerosakan dan kerugian berterusan yang saya tanggung bertahun-tahun lamanya.

Sama seperti penerangan Cikpuan Shahida Nafishah ini, walaupun lelaki itu tidak mengambil keuntungan daripada kerja haramnya mengedarkan harta intelek orang lain, dia tidak fikir kerosakan dan kerugian besar yang ditanggung oleh pihak Tuan Syamsul Yusof.

Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

Ramai orang tanya Kak Nam pasal kes Sasuke Kun yang kena denda RM100K disebabkan penyebaran content Munafik 2 tanpa…

Posted by Shahida Nafishah Jamaludin on Wednesday, November 14, 2018

Comments are closed.