Testimoni buku Tips Belajar Saat Akhir

Saya menerima email ini beberapa minggu lalu. Syukur dan gembira kerana buku ini dapat membantu dan memberi manfaat. Terima kasih kepada Tuan R.A.K kerana sudi menghantarkan email ini kepada saya.

Assalamualaikum En Osman Affan, Saya telah membeli buku ‘Menjadi Remaja Smart Study: Tip Belajar Saat Akhir‘ pada 20 April 2010 yang lalu. Jangan tuan terperanjat! Saya membeli buku tersebut bukan untuk anak saya, tetapi untuk kegunaan saya sendiri.  

Walaupun buku tersebut ditujukan khas khusus untuk para remaja tetapi tips yang diberikan amat berguna sekali dan masih relevan bagi saya sebagai pelajar ‘veteran’ berumur 41 tahun yang mengikuti pengajian separuh-masa kursus professionaldi dalam bidang insurans: ‘Associateship of the Malaysian Insurance Institute‘ (AMII).

Segala tips dan teknik yang diajar tuan telah saya praktikkan dengan penuh kepercayaan dan keyakinan. Hasilnya: – 

1. Bayangkan, masa sudah semakin suntuk. Peperiksaan saya hanya tinggal 7 hari sahaja lagi pada ketika itu. Namun, dengan mengamalkan tips yang diberikan walaupun di saat-saat akhir dalam keadaan tertekan, alhamdulillah saya berjaya lulus subjek ulangan yang pernah saya gagal dengan teruknya sebelum ini. Untuk makluman tuan, saya sebenarnya hampir berputus asa untuk mengulangi subjek tersebut sebelum ini. 

2. Dengan mengamalkan tips-tips di dalam buku tersebut secara istiqamah, saya juga telah berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat ‘distinction’ bagi subjek terakhir saya pada peperiksaan 27 Julai 2010 yang lalu. 

3. Seterusnya, menamatkan pengajian saya dengan jayanya. 

4. Umur bukan penghalang untuk berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan dengan syarat menggunakan teknik kemahiran belajar yang betul. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Semoga segala usaha tuan mendidik anak bangsa dalam bidang motivasi dan teknik kemahiran belajar diberkati Allah jua hendaknya. 

Hak Allah jua segala ilmu  

Saya yang benar, 

R.A.K

Comments are closed.