Tips bercakap di khalayak ramai (4)

0

Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.

Tips ketiga…….. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya…..? :)

Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS……….? Pelik tak bunyinya….?

bijak belajarIni adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.

Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

  • Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan……. :)
  • Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi

Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu… :)   Cuba perasan apa rasanya… bolehkahanda berfikir denagan baik kalau dalam keadaan begini…..?

Comments

  • man

    sy pelajar lagik..camner ek??setiap kali saya bentang jer suara mesti menggeletar tahap maksimum..tangan pon kalau celup dlm air milo panas mesti jd milo ais…saya cume nak hilangkan suara yg menggeletar tuh je…kawan sy kate mcm nak menangis jer suara..tp x de laa sy nangis..suara jee…camner nak hilangkan??
    satu lagik..sy rase sy tidak yakin bercakap di hdpn kawan-kawan sekelas@orang yg saya kenal..

  • Umar

    Hmm..tips ni mmg menarik..nak cuba lah :D

  • asyraf

    d kolej,sy mmegang jwatan presiden tetapi walhalnya saya tidak biase bckp ddpan khlayak ramai..ape bila ckp je,riak wajah sy msti brubah n bnfas dgan cpat…..mcm mne sy nak tngani masalah sy ini..