Selamat datang ke www.iSmartStudy.com!

Keceriaan . . . Keriangan . . . & Kecemerlangan . . .

Di Pusat Tuisyen Bijak Belajar

Kemahiran teknik belajar yang bijak dan berkesan adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tidak ada gunanya mengulangkaji dari pagi hingga ke malam jika ia langsung tidak dapat membantu pelajar mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.

Menguasai teknik belajar yang bijak dan berkesan adalah umpama mempelajari teknik menunggang basikal buat kali pertama. Ia mungkin sukar dan janggal pada mulanya tetapi lama kelamaan ia boleh dilakukan tanpa memikirkannya.

Pusat Tuisyen Bijak Belajar memberi penekanan utama terhadap kemahiran teknik-teknik ini. Disamping memberi tuisyen untuk matapelajaran, kami juga memberi satu sesi percuma seminggu untuk pelajar menguasai teknik menumpukan perhatian di dalam kelas, teknik membuat nota, teknik mengulangkaji dan cara yang mudah untuk mengingati apa yang telah dipelajari.

Apa yang membezakan kami dengan Pusat Tuisyen lain?

1. Khidmat nasihat kaunseling professional daripada Pengetua Pusat Tuisyen ini iaitu En. Osman Affan secara percuma.

Masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar atau ibu bapa di pusat tuisyen ialah untuk berjumpa dengan pengurus pusat tuisyen dan berbincang tentang masalah atau cara meningkatkan prestasi pelajar. Namun, di Pusat Tuisyen Bijak Belajar, pelajar atau ibu bapa boleh datang berjumpa dengan En. Osman Affan untuk berbincang tentang cara untuk memajukan prestasi akademik mereka.

Sebagai Pengetua di Pusat Tuisyen Bijak Belajar dan mempunyai kelayakan di dalam bidang kaunseling, En. Osman Affan sedia mendengar dan bersama-sama mencari jalan untuk membantu pelajar dan ibu bapa mencapai matlamat pencapaian yang diinginkan.

2. Kelas Kemahiran Belajar Percuma setiap minggu.

Di Pusat Tuisyen Bijak Belajar, Kelas Kemahiran Belajar diadakan setiap minggu iaitu pada:

Isnin, Pukul 8.00pm hingga 9.00pm (Untuk Sekolah Menengah)

Ahad, Pukul 1.00pm hingga 2.00 pm (Untuk Sekolah Rendah)

Topik yang diajarkan di dalam Kelas Kemahiran Belajar ini adalah sama seperti topik-topik yang diajarkan oleh En. Osman Affan di sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Antaranya ialah:

Teknik Psikologi Kecemerlangan
Teknik Menghapuskan Halangan Minda (Mental Block)
Teknik Mind-Mapping dan Teknik Menghafal
Teknik Nota Kreatif
Teknik dan Strategi Menulis Karangan
Teknik Asas Pengurusan Masa
Teknik Menjawab soalan peperiksaan

 

3. Pembelajaran di luar waktu tuisyen percuma.

Pelajar tidak terbatas untuk belajar di dalam waktu kelas diadakan sahaja. Contohnya, jika pelajar mengambil kelas pada hari sabtu dan ahad, pelajar ini boleh juga datang pada hari lain untuk mengulangkaji di Pusat Tuisyen Bijak Belajar. Pusat Tuisyen Bijak Belajar menggalakkan pelajar untuk mengulangkaji di Pusat Tuisyen ini kerana jika terdapat sebarang masalah, ada guru sepenuh masa di sini yang boleh membantu.

Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk kemudahan ini. Kami cuma berharap agar pelajar datang dengan semangat untuk belajar dan dengan itu, pihak Pusat Tuisyen juga akan bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk membantu.

4. Harga yuran yang berpatutan.

Yuran yang kami kenakan adalah sangat berpatutan. Anda boleh melihat sendiri yuran yang kami kenakan bagi setiap pakej tuisyen.

 

Sila klik di sini untuk melihat yuran bagi setiap pakej yang telah kami sediakan.

Klik di sini untuk mengetahui lokasi kami.