Di mana saya parking kereta tadi?

Di mana saya parking kereta tadi?

Pembuka kata

Hari ini saya ada satu soalan?untuk anda. Pernahkah anda terlupa di mana anda parking kereta anda? Maksud saya, anda masuk ke mana-mana pusat membeli-belah yang besar, anda parking dan beberapa jam kemudian, semasa hendak ambil kereta semula, anda terlupa beberapa perkara tentang parking seperti

  • Tingkat berapa
  • Tiang nombor berapa
  • Tangga mana
  • Jalan keluar mana yang membawa ke tempat kereta tersebut (ada banyak pusat membeli belah yang besar yang mempunyai banyak jalan keluar. Salah pilih, anda akan hilang punca di mana arah kereta anda berada).
  • Kereta apa yang anda bawa (ini masalah kepada orang yang terlampau banyak kereta. Mungkin jarang berlaku :-)
  • Selepas pintu keluar, mahu ke kiri atau ke kanan.

Saya percaya ini semua sangat biasa berlaku. Jarang saya dengar orang yang tidak ada pengalaman terlupa di mana parking kereta sendiri. Saya sendiri juga selalu alaminya satu ketika dahulu. Soalan seterusnya, adakah masalah lupa parking ini menunjukkan kita

  • ada masalah mudah lupa?
  • lemah daya ingatan?
  • kurang fokus?
  • sudah tua?
  • ada penyakit yang menyebabkan lemah ingatan?
  • sudah hampir hendak nyanyuk?

Soalan terakhir saya, bolehkah ia diatasi? Bolehkah kita sentiasa ingat di mana kita parking walaupun tempat itu pertama kali kita kunjungi dan kita pula tidak menulis apa-apa semasa meninggalkan tempat parking? Jika boleh, bagaimanakah caranya?

Fikirkan seketika??..

Oh..Di sini saya parking rupanya…

Sudahkah anda fikirkan jawapan kepada soalan-soalan saya semalam mengenai lupa tempat parking kereta? Yakinkah anda dengan jawapan tersebut?

Pada pendapat saya, masalah lupa tempat parking tidak menunjukkan kita ada masalah-masalah yang saya sebutkan semalam. Malah, kalau kita lupa, itu menunjukkan kita ini manusia normal. Tidak terkurang, tidak terlebih?.cuma normal. Namun dalam keadaan normal ini, bagaimanakah caranya untuk kita lebih mudah ingat di mana kita parking?

Untuk menerangkan tentang perkara tersebut, saya ingin kongsikan hasil tulisan seorang pakar memori dunia yang bernama Nishant Kasibhatla. Kata beliau (seperti juga kata mana-mana pakar memori atau pakar psikologi lain), memori adalah satu proses. Proses ini melibatkan 3 langkah yang dinamakan

  • Register? (Daftar masuk)
  • Retention (Simpan)
  • Recall. (Ingat semula)

Mari saya permudahkan perkara ini. Bayangkan?kita pergi?ke hotel. Untuk menginap, kita kena daftar (Register)?masuk dahulu bukan? Selepas daftar masuk, kita bolehlah tinggal di bilik yang telah disediakan (Retention). Kebiasaannya, kalau tidak daftar masuk, sudah pasti?kita tidak boleh menginap di mana-mana bilik hotel tersebut.

Katakan tiba-tiba ada saudara mara kita datang ke hotel tersebut dan mencari kita. Mereka bertanya di kaunter pendaftaran dan meminta bantuan staff hotel untuk memanggil kita. Apabila staf di kaunter melihat nama di dalam senarai nama berdaftar, akan ternampaklah nama kita di situ. Jadi, staf di kaunter dengan mudah boleh memanggil kita (Recall).

Namun apa akan jadi jika saudara mara kita itu datang dan terus cari kita dari bilik ke bilik? Tentu sukar bukan? Kalau hanya ada 5 bilik di hotel tersebut, tentu mudah. Bagaimana jika ada 1000 bilik? Kemungkinan untuk jumpa itu ada tetapi memakan masa terlalu lama, terlalu memenatkan dan langsung tidak praktikal.

Proses mengingat juga begitu. Bayangkan ada hotel juga di dalam minda kita. Apabila kita mahu?ingat tempat kita parking kereta, kita akan lihat nombor tempat parking, tingkat berapa dan jalan keluar mana yang kita gunakan. Apabila kita lihat dengan betul, ia umpama kita sedang daftar masuk (Register) dengan staf kaunter hotel di dalam minda kita. Jadi, maklumat itu pun disimpan (Retention)?di dalam bilik hotel (iaitu memori kita).

Kemudian, setelah selesai membeli belah, kita cari semula kereta kita. Mudah sahaja caranya. Kita pergi ke kaunter pendaftaran di minda dan lihat semula di bilik manakah kita simpan maklumat tadi. Dengan mudah, kita akan ingat semula (Recall)?dan?tahu di mana kereta itu diletakkan.

Ketiga-tiga proses ini sangat penting. Jika ketiga-tiganya tidak dilakukan dengan betul, kita sama ada tidak akan ingat maklumat yang disimpan atau tidak dapat mencari di bahagian mana maklumat itu disimpan.

Di mana saya parking?Jadi, saya ada satu soalan lagi untuk anda. Kebanyakan orang yang lupa di mana mereka parking kereta, langkah manakah (antara Register, Retention dan Recall) yang mereka lemah dan tidak lakukan dengan sebaik-baiknya? Langkah manakah yang mereka selalu tidak lakukan hingga mereka langsung tidak ingat di mana mereka letakkan kereta mereka?

Sudahkah anda menjawab soalan saya di atas? Ini soalannya,

Jadi, saya ada satu soalan lagi untuk anda. Kebanyakan orang yang lupa di mana mereka parking kereta, langkah manakah (antara Register, Retention dan Recall) yang mereka lemah dan tidak lakukan dengan sebaik-baiknya? Langkah manakah yang mereka selalu tidak lakukan hingga mereka langsung tidak ingat di mana mereka letakkan kereta mereka?

Kebanyakan jawapan yang saya terima ialah ?Retention?. Ramai yang meneka jika kita terlupa di mana kita parking, masalahnya ialah semasa kita hendak simpan maklumat tersebut di dalam minda kita. Namun, percaya atau tidak, jawapan saya ialah ?Register?.

Maksud saya, kebanyakan pemandu yang terlupa di mana mereka parking?kereta mereka ialah kerana mereka terlupa untuk simpan dahulu (daftar masuk) maklumat di mana mereka parking kereta tersebut. Apabila mereka sampai di tempat parking, mereka sama ada

  • tidak melihat langsung ke arah nombor tiang atau dinding parking tersebut.
  • mereka lihat ke arah nombor tersebut tetapi tidak lihat dengan betul. Mereka hanya lihat sepintas lalu dan maklumat itu langsung tidak didaftar masukkan ke dalam minda mereka.
  • atau mereka lihat nombor parking tetapi minda mereka sedang sibuk memikirkan tentang perkara lain.

Ada yang mungkin bertanya, bagaimana pula boleh terjadi, kita lihat nombor tiang parking tetapi tidak daftar masuk dalam minda???? Mudah sahaja.

Pernahkah kita mencari sesuatu di dapur kemudian gagal mencarinya? Puas kita lihat atas, bawah, kiri dan kanan tetapi masih juga tidak berjumpa. Kita merungut, ?mana benda ni!? sambil terus mencari. Sayangnya benda yang dicari tetap tidak kelihatan. Kemudian kita minta tolong seseorang untuk mencarinya. Apabila orang itu masuk sahaja ke dapur, terus dia berjaya mencarinya. Benda itu kelihatan begitu jelas tergantung di satu sudut dapur. Orang ini kemudian menyindir anda dengan berkata, ?kalau benda ni ular, dah lama kau kena patuk.?

Apabila anda lihat benda tersebut, anda rasa hairan. Sudah berulang-ulang kali anda mundar mandir di kawasan benda tersebut tergantung tetapi kenapa anda tidak nampak?

Ini disebabkan apa yang anda lihat tidak didaftar masuk ke dalam minda. Ia bermaksud, anda hanya melihat sepintas lalu tanpa fokus dan mengambil berat kepada apa yang dilihat.

Disebabkan kita tidak daftar masuk (register), sudah pasti maklumat yang hendak kita simpan (retention) dan maklumat yang hendak kita cari semula (recall) tidak ada. Akibatnya, kita rasa begitu kosong (blank) semasa hendak ingat semula. Kita rasa seolah-olah langsung tidak ingat dan?langsung hilang ingatan tentang apa yang berlaku semasa kita mula-mula masuk ke tempat parking tadi.

Hilang kunciMasalah tidak register ini sama seperti masalah orang yang kehilangan kunci. Pernahkah anda hilang kunci rumah, kunci kereta atau kunci apa-apa sahaja? Apabila hilang, anda cuba bersungguh-sungguh untuk mencarinya tetapi gagal. Anda cuba teknik duduk diam seketika dan ingat semula di mana anda simpan, tetap gagal juga. Akhirnya setelah lama mencari, anda jumpa juga kunci tersebut secara tidak sengaja. Anda tidak sengaja tertinggal kunci tersebut di dalam peti ais. :)

Apa yang berlaku ialah semasa anda hendak menyimpan kunci tersebut, minda anda sedang berada di tempat lain. Mata anda lihat kunci yang sedang diletakkan tetapi minda anda sedang sibuk dengan perkara lain. Akibatnya, maklumat tempat kunci disimpan (apa yang anda lihat) ?itu langsung tidak didaftar masuk ke dalam minda.

Hilang kunciJadi masalah lupa di mana kita parking boleh diselesaikan dengan menyempurnakan langkah pertama kita mengingat sesuatu. Walaupun ramai yang mungkin beri cadangan supaya kita tulis atau ambil gambar tempat kita parking, realitinya, apabila sudah lupa, hendak tulis dan ambil gambar pun kita akan lupa.

Insyaallah esok, Selasa 25 Ogos 2009, ?saya akan kongsikan beberapa tips untuk mudah ingat di mana kita parking. Ia lebih melibatkan disiplin dan latihan. Saya juga akan terangkan tentang peranan ?Retention? juga dalam mengingat sesuatu dengan lebih baik.

Baru saya ingat di mana saya parking.

Dalam posting saya yang lepas, saya ada terangkan bahawa sebab utama mengapa orang lupa di mana mereka parking ialah mereka tidak lakukan proses ?Register? dengan betul. Jadi mari saya kongsikan satu tip bagaimana hendak lebih mudah ingat di mana kita parking.

Secara mudahnya, kita tidak dapat cari parking kerana kita mungkin lupa 3 perkara utama.

  1. Tingkat berapa kita parking.
  2. Nombor tiang
  3. Jalan keluar mana yang kita gunakan.

Bagi saya, 3 maklumat ini adalah asas untuk kita ingat supaya kita tidak kehilangan kereta lagi. Ia perlu dijadikan satu amalan. Apabila masuk ke tempat parking, semasa anda hendak kunci kereta, perhatikan 2 perkara. Satu: tingkat berapa, dan dua: nombor parking.

Sesetengah tempat parking bagi pusat membeli belah agak kreatif untuk membantu kita ingat di mana kita parking. Mereka gunakan gambar haiwan untuk kita ingat tingkat berapa kita parking. Gambar adalah jauh lebih mudah untuk kita ingat. Bila orang tanya, ?kat mana kau parking tadi?? Kita jawab, ?Ha?kat tingkat kuda?.

Sekurang-kurangnya, jika kita ingat tingkat berapa, kalau tidak ingat tiang mana kita letakkan kereta, tidaklah ia seteruk tidak ingat langsung di tingkat mana kita parking. Namun, kita perlu ingat. Walaupun ada gambar haiwan, kita tetap akan lupa jika kita tidak amalkan lihat dengan betul kepada gambar tersebut. Jadi, amalkan, apabila mahu kunci kereta, lihat tingkat berapa. Kebanyakan tempat parking yang besar menggunakan P1, P2 dan seterusnya. Jadi, perhati betul-betul.

Kemudian, perhati juga nombor tiang. Ada cara kreatif untuk ingat nombor tiang. Mungkin kita parking di P2, tiang nombor B10. Jadi, kita fikir secara kreatif begini. P2?? P?.. Pinang?.oh?pokok pinang?. pokok pinang 2 batang??P2 = pokok Pinang 2 batang.

B?..B?.BOLA?. 10?..10?nombor jersi. Bayangkan ada pemain bola yang memakai jersi bernombor 10. Bayangkan juga pemain bola ini sedang menendang bola ke arah 2 pokok pinang yang tersusun seperti tiang gol. Yang menjaga tiang gol tersebut ialah kereta anda.?Anda timbul rasa bimbang jika kereta anda akan kemek atau cerminnya pecah disebabkan bola tersebut.

Ini adalah langkah untuk ?Retention?. Setelah kita lihat dengan teliti tempat kita parking ?Register?, kita lakukan langkah kreatif ini pula ?Retention?. Aktiviti retention ini akan menguatkan lagi ingatan kita tentang tempat yang kita parking.

Ada yang mungkin terfikir, alangkah banyaknya kerja untuk ingat tempat parking ini. Jangan terlalu risau, aktiviti ini jika diamalkan, bukan sahaja ia membuat kita mudah ingat, malah ia meningkatkan daya kreativiti dan kebolehan kita untuk berfikir dengan lebih baik. Tambahan pula, ia agak menyeronokkan. Jadi, bolehkah anda gambarkan gambar di bawah di dalam minda?

Hakcipta terpelihara motivasibelajar.com

Selepas ingat tingkat dan nombor tiang, semasa and berjalan keluar daripada tempat parking, perhatikan kedai atau tempat yang pertama sekali anda jumpa. Contohnya, keluar sahaja daripada tempat parking, anda lihat ada satu kedai makanan segera. Ingat kedai tersebut dan bayangkan anda sedang berjalan balik ke kereta dan terlihat nama kedai makanan segera tersebut.

Baiklah, itu sahaja 3 langkah untuk lebih mudah ingat tempat kita parking. Percaya atau tidak, sudah beberapa tahun saya amalkan teknik ini. Saya bersungguh-sungguh untuk ingat tempat saya parking kerana saya rasa agak bosan apabila terpaksa rasa panik atau susah hati setiap kali lupa tempat parking. Bukan sahaja susah hati, malah membuang masa dan memenatkan apabila saya tercari-cari di mana tempat saya parking.

Akhir sekali, apabila Register dan Retention telah dilakukan dengan baik, langkah Recall akan datang secara semulajadi. Ia akan kelihatan begitu mudah untuk ingat semula di mana kita parking sebentar tadi. Kita cuma perlu ingat semula gambar yang kita bayangkan tadi. Nampak 2 pokok pinang?.ohh?. maksudnya P2?..dan nampak pemain bola memakai jersi nombor 10?oh?. tiang B10?. Mudah bukan?

Akhir kata, anda tidak perlu percaya apa yang saya kongsikan ini kerana ia mungkin menjadi dan ia mungkin tidak menjadi. Apa kata anda cuba sendiri dahulu. Jika menjadi, tahniah untuk anda. Jika tidak menjadi, tidak ada apa-apa yang merugikan diri anda, cuma, mungkin daya kreativiti diri akan sedikit meningkat.

Selamat mencuba. :)

Comments are closed.