Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM)

Rasa macam sudah lama tidak berprogram dengan guru-guru. Hari ini, berpeluang bertemu dan berprogram dengan guru-guru daripada Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM) di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Selangor.

Masa pertemuan adalah singkat. Jadi saya perlu pilih beberapa topik yang paling relevan dengan guru.

2 topik pilihan saya hari ini adalah berkenaan Teknik Memori SmartStudy & Teknik Komunikasi Guru Profesional.

Dalam satu kesimpulan, saya ada terangkan kepada peserta, apabila pelajar ada masa 1 jam, dia boleh belajar atau dia boleh main game. Yang mana lagi seronok? Tentulah main game….

Namun kalau pelajar itu tidak boleh MENANGGUHKAN KESERONOKAN buat seketika dan memilih untuk bermain game, dia mungkin akan kecewa atau sedih menjelang peperiksaan nanti. Orang berjaya sangat pandai untuk menangguhkan keseronokan merek buat seketika.

Sama seperti hari ini, guru-guru yang menyertai kursus ini ada pilihan untuk bercuti dan berehat-rehat di rumah. Namun mereka memilih untuk datang ke program selama 3 hari, keluarkan kos & peningkan kepala untuk belajar sesuatu yang baru.

Saya percaya, sangat pasti, itu adalah ciri-ciri orang yang sangat-sangat HEBAT dan BERJAYA. Tahniah buat peserta semua!

Terima kasih khas buat Cikgu Shiela Eyna yang mengaturkan jemputan program ini buat saya & SmartStudy.

Terima kasih juga buat Pengerusi KAGUMM dan ahli KAGUMM yang benar-benar sporting, ceria & bertenaga sepanjang sesi perkongsian saya tadi.

Insyaallah jika ada rezeki dapat kita berprogram lagi pada masa yang akan datang.

2 Comments

Leave a Comment