Never have I ever…..

Never have I ever…..

Hihi… anakanda berdua ini, kalau dengar mereka bermain, bunyi macam asyik bergaduh. Salah seorang mesti asyik menangis (paling kerap menangis yang bongsu sebelah kanan tu lah).

Malam ni, ketika saya sibuk sedang menulis dan membuat design, sibuk juga mereka mahu masuk ofis saya dan mahu tunjukkan sesuatu.

Rupa-rupanya mahu ajak saya bermain satu game yang mereka main, game Never Have I Ever….

Saya tanya, belajar mana game ni, kat sekolah ke? Tak, kat internet katanya.

Mereka minta saya tanya soalan bermula Never have I ever…. Contoh, โ€˜Never have I ever be mad at the cats…โ€™

Jadi mereka akan tunjuk kertas sama jawapannya I Have atau I have not / never.

Contohnya Myra jawab, I have pada soalan pasal kucing tadi, kemudian dia akan mula bercerita situasi di mana dia pernah marah kucing.

Kemudian Hana pula jawab. Begitulah seterusnya.

Hihi… anak-anak zaman moden. Ingatkan abah dah terrer buat game dan ajar orang main game dalam program.

Rupanya malam ni anak-anak lagi terrer ajar abah main English Conversation Skills Game ni…. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

 

5 Comments

Leave a Comment