Puan Isteri teringin makan karipap…

Puan Isteri teringin makan karipap sampai sanggup buat sendiri sorang2 di dapur. Saya sibuk buat modul, tak boleh tolong.

Tapi tadi singgah dapur kejap tengok progress. Ringankan tangan tolong kelim sebiji karipap.

Bila dah siap, marah-marah pulak Puan Isteri. Jangan letak sebelah karipap yang dia buat katanya. Apahal pulak ni? 😨

Dahlah marah, boleh pulak tanya, β€œkenapa bila abang buat rupa dia boleh jadi macam tu??!!”

Hihi… agak-agak, mana satu yang saya buat & kenapa Puan Isteri marah-marah agaknya…. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

 

28 Comments

Leave a Comment